|
View: 35488|Reply: 49
|
Ambiga, Surendran desak PM tarik balik arahan 'bersihkan' kuil haram - “Hanya mahkamah boleh memutuskan secara muktamad"
[Copy link]
|
|
|
Peguam kanan, Ambiga Sreenevasan dan N Surendran, menggesa perdana menteri menarik balik arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya “membersihkan” mana-mana rumah ibadat yang dibina secara tidak sah.
Kata mereka arahan Anwar Ibrahim itu belum pernah berlaku sebelum ini dan jelas telah membawa implikasi serius.
“Sebagai permulaan, hanya mahkamah boleh memutuskan secara muktamad bahawa sesebuah kuil menduduki tanah secara tidak sah dan perintah mahkamah diperlukan sebelum ia boleh dirobohkan.
“Dalam apa jua keadaan, pihak pengurusan kuil tidak boleh dilabel sebagai penceroboh dan dikenakan tindakan polis.
“Hujah bahawa tindakan sendiri atau ‘vigilantisme’ dibenarkan jika ia melibatkan tanah persendirian juga tidak berasas,” kata Ambiga dan Surendran dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Anwar pada Selasa mengarahkan PBT supaya “membersihkan” mana-mana rumah ibadat yang dibina secara tidak sah.
Dua hari kemudian, sebuah kuil di Rawang dilaporkan rosak akibat tindakan kumpulan vigilantisme.
Anwar sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri dan menolak sebarang bentuk perbuatan vigilantisme.
ADS
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari turut menegaskan bagi rumah ibadat yang dibina di atas tanah persendirian, proses sedia ada menghendaki pemilik tanah melantik peguam dan mendapatkan perintah mahkamah sebelum apa-apa pengusiran atau perobohan dilakukan.
Dalam kenyataan hari ini, Ambiga dan Surendran berkata, arahan Anwar itu bercanggah dengan nilai Madani yang menekankan kepercayaan dan ihsan.
“Hakikat bahawa arahan itu datang daripada kerajaan yang berkuasa hasil sokongan semua komuniti menyerlahkan sikap tidak prihatin terhadap cara mereka kini dilayan.
“Kerajaan ini mempunyai tanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia untuk memastikan mereka dapat hidup dalam aman dan harmoni tanpa rasa takut serta dapat mengamalkan semua kebebasan asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Ini adalah hak asasi manusia yang sedang dicabul oleh kerajaan yang ramai antara kita sokong,” kata mereka.
Peguam terbabit turut menambah kerajaan perlu bertindak dengan berhati-hati dalam isu berkaitan agama dan budaya, termasuk mengadakan perbincangan yang wajar dengan pemimpin komuniti bagi menyelesaikan perkara sensitif.
Sumber: Malaysiakini |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BoongaKertas at 16-2-2026 04:14 AM
Dalam kenyataan hari ini, Ambiga dan Surendran berkata, arahan Anwar itu bercanggah dengan nilai Madani yang menekankan kepercayaan dan ihsan.
hmm... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Dalam apa jua keadaan, pihak pengurusan kuil tidak boleh dilabel sebagai penceroboh dan dikenakan tindakan polis.
“Hujah bahawa tindakan sendiri atau ‘vigilantisme’ dibenarkan jika ia melibatkan tanah persendirian juga tidak berasas,” kata Ambiga dan Surendran dalam satu kenyataan bersama hari ini.
kegilaan apakah   |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebabian apa "hak asasi manusia sedang dicabul"...?
Kebabian apa "pihak pengurusan kuil tidak boleh dilabel sebagai penceroboh dan dikenakan tindakan polis"...?
Baru semalam aku tulis pasal loyar konar lipat.
Now korang nampak sendiri macamana loyar konar lipat.
Sebab itu ikutlah saluran undang-undang... hak pemilik terjamin dan dilindungi.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Umpan mereka adalah:
a) rumah ibadat.
b) pencabulan hak asasi (dalam konteks kuil haram kena roboh)
c) Tak selari dengan Madani
d) Roboh tanpa persetujuan. (...????)
Harap semua netijen jangan khayal dan mabok dengan umpan yang dibangkitkan (oleh mereka) walhal sebenarnya takde kaitan pun. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia sound direct anwat hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa loyar ni akan menang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PM jangan nak kecut perut pula. Tu tanah hak sapa. Jangan main pacak ja. Tuan rumah kena halau mereka2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cer letak kt dpn rmh depa berdua ni... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dia menang kat isu roboh tanpa perintah mahkamah sahaja.
Tapi isu ceroboh tanah orang tanpa kebenaran, tetap sabit kesalahan jenayah.
Kena saman sivil dengan pemilik berkaitan tuntut ganti rugi (emosi dan perancangan terbantut) dan kos guaman, penceroboh kena hadap.
Harap pengerusi kuil (acah-acah teraniaya) ada duitlah nak bayar.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by silance at 16-2-2026 01:57 PM
Dalam keadaan begini, PM macam sorang diri. Si piji dengan demo sogonya. Yang lain pun Serba salah tak bersuara.
Pembangkang sebuk bersilat sesama sendiri. Rakyat kat bawah post video kat med sos salahkan now govt. Mereka nak govt settle serta merta ikut timeline mereka. Walaupun problem dah mula zaman umngok of course. Aku rasa yang akan tolong PM buat kerja ialah dap contohnya Hanayo as menteri wilayah (banyak kes kat wp). Yang bising kat YT tu pun hangat-hangat tahi ayam. Nanti senyap le. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak heran la kalau dia nak pertahankan bangsa/agama dia sendiri sampaikan benda yang terang2 salah pon dorang tetap tegakkan benang yang basah
yang peliknya, rumah orang melayu ada geran/kontrak 99 tahun pon melayu2 majadiri (malu jadi diri sendiri) sokong dirobohkan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 16-2-2026 01:46 PM
Mungkin dia menang kat isu roboh tanpa perintah mahkamah sahaja.
Tapi isu ceroboh tanah orang tan ...
Ofkos dia akan fight kat tempat yang dia boleh menang. Itu namanya cerdik.
TT pula memilih untuk take matters into own hands yang kalau Ikut undang2 mana2 negara pun salah.
Itu ja bezanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apa cerita kuil seafield?
kuil seafield tu pon dah dapat perintah mahkamah untuk robohkan, dapat pampasan rm1.5 juta lagi
masih terpacak lagi ke
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 16-2-2026 01:56 PM
Dalam keadaan begini, PM macam sorang diri. Si piji dengan demo sogonya. Yang lain pun Serba salah t ...
Boleh ja twist kata yg PM maksudkan ada action plan yang tersusun dari gomen untuk capai setinggan sifar. Bukan suruh pergi roboh suka hati. Yang itu kalau nak buat pun boleh cuma tanggung sendiri lah, don't quote me gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kata dah. hujung2, orang akan bertindak sendiri. sebab harapkan pihak berkuasa, tapi lembab/ tak memihak pada tuan tanah
ye mahkamah ada kuasa yada yada yada, itu kita nampak dan tau
TETAPI, di mata orang ramai yang sedang marah, apa yang diorang nampak adalah, tanah mereka diceroboh, dicuri depan mata, dan tak boleh buat ape. itu hakikat.
dan ya, tak terkejut kalau lebih banyak lagi kes macam ni jadi, dan meningkat. mungkin lebih dasyat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jilaka betul la...apa guna rakyat jelata dok beli tanah mahal2 byr cukai tanah kalo dah ada cara free nak dpt tanah pree...caitt |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
buat ajelah kuil kat rumah ambiga dan geng2 wakil rakyat hindu yang lain, kan lebih berkat. Sibuk sangat nak buat kat tanah orang tanpa kebenaran dah kenapa? yihhh pusing selagi boleh yachh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas: Edited by BoongaKertas at 16- ...
Pukimak kau.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 16-2-2026 12:54 PM
Kebabian apa "hak asasi manusia sedang dicabul"...?
Kebabian apa "pihak pengurusan kuil tidak boleh ...
Masalahnya kuil seafield ikut peraturan pun tak jln.. Dgn hindu ni kena langgo je.. Runtuh je kuil depa ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|