CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22949|Reply: 0

[Sarawak] Perkukuh perpaduan, perbaharui iltizam sempena sambutan TBC 2026: Abang Johari

[Copy link]
Post time 15-2-2026 06:01 PM | Show all posts |Read mode


ABANG JOHARI

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru seluruh rakyat Sarawak agar terus memperkukuh perpaduan dan memperbaharui iltizam membina negeri yang stabil dari segi sosial serta maju dalam ekonomi dan teknologi sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026.

Dalam perutusan khas sempena TBC 2026 yang akan diraikan pada 17 Februari ini, Abang Johari berkata, Tahun Kuda dalam kepercayaan masyarakat Cina melambangkan semangat kekuatan, ketabahan dan ketahanan, nilai-nilai penting yang perlu dijunjung bersama dalam menghadapi cabaran global masa kini.

Menurutnya, dunia kini berdepan ketidaktentuan geopolitik, kesan disruptif teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) serta transisi ke arah ekonomi rendah karbon bagi menangani perubahan iklim.

Namun begitu, beliau menegaskan Sarawak terus menunjukkan ketahanan ekonomi yang kukuh hasil dasar jelas dan strategik kerajaan serta kerjasama erat seluruh rakyat di Bumi Kenyalang.

"Saya yakin Tahun Kuda 2026 akan membawa kejayaan kepada inisiatif-inisiatif strategik termasuk pengembangan destinasi AirBorneo kepada destinasi-destinasi serantau dan pengoperasian Pelabuhan Bintulu yang telah dikembalikan kepada Sarawak oleh Kerajaan Persekutuan sebagai pelabuhan utama Sarawak.

"Di samping itu, pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma atau FTES yang bermula pada tahun ini adalah titik permulaan kepada pembangunan sumber manusia yang akan memberi peluang kepada semua Anak Sarawak untuk melengkapkan diri mereka untuk menjadi aset yang amat berguna kepada Sarawak.

"Selain itu, pada suku terakhir Tahun 2026, jika tidak ada aral melintang, bandar raya Kuching akan mendapat khidmat ART (Autonomous Rapid Transit) yang dikuasakan oleh hidrogen pertama di rantau ini.

"Inisiatif ini mencerminkan ikhtiar Sarawak untuk menjadi pelopor dan pemimpin ke arah ekonomi dan teknologi rendah karbon di rantau ASEAN," katanya.

Mengulas kedudukan ekonomi negeri, Abang Johari berkata berdasarkan pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN), Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak dianggarkan mencecah RM154 bilion pada 2025 dengan pertumbuhan antara lima hingga enam peratus.

Angka tersebut katanya, menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding 2024 apabila ekonomi Sarawak berkembang pada kadar 3.9 peratus dengan KDNK sebanyak RM148.2 bilion, menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sektor utama seperti minyak dan gas, perkilangan berasaskan sumber serta pertanian komoditi termasuk minyak sawit dan lada terus menjadi penggerak ekonomi negeri, di samping pertumbuhan sektor pembuatan berteknologi tinggi dan industri hijau, ujarnya.

Dalam bidang teknologi tinggi pula, Abang Johari berkata Sarawak kini melangkah ke arah menjadi pencipta teknologi, bukan lagi sekadar pengguna atau pemasang teknologi berasaskan nilai rendah.

Antara pencapaian utama ialah kejayaan syarikat milik Kerajaan Sarawak, SMD Semiconductor membangunkan cip sebatian berasaskan gallium nitride (GaN) yang dikuasakan oleh AI.

Kejayaan ini katanya, menandakan peralihan Sarawak daripada hanya memasang cip kepada mereka bentuk dan menghasilkan cip sendiri.

Dalam bidang aeroangkasa, beliau berkata Sarawak merancang membangunkan satelit mikro atau CubeSat untuk tujuan pemantauan cuaca.

Inisiatif ini katanya, bukan sahaja lebih kos efektif berbanding satelit konvensional, malah membuka peluang kepada generasi muda menguasai teknologi aeroangkasa yang semakin penting kepada ekonomi masa depan.

Dalam pada itu, Abang Johari memohon maaf kerana tidak dapat mengadakan kunjungan TBC tahun ini susulan pemergian isterinya, Allahyarhamah Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang serta berharap Tahun Kuda membawa kejayaan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat Sarawak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.587080 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list