CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23351|Reply: 0

[Sabah] Sabah tolak cubaan jadikan negeri transit pengedaran dadah

[Copy link]
Post time 15-2-2026 05:38 PM | Show all posts |Read mode


TUARAN: Sabah akan membanteras sebarang usaha menjadikan negeri itu sebagai laluan transit pengedaran dadah, selain turut menolak sekeras-kerasnya cubaan menjadikan rakyat tempatan sasan pasaran bahan terlarang itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) berkata ketegasan itu susulan kejayaan pihak berkuasa menumpaskan sindiket dadah antarabangsa di negeri itu baru-baru ini, sekali gus membuktikan komitmen berterusan dalam membanteras sindiket pengedaran dadah.

Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius isu pengedaran dadah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan jenayah itu.

“Saya telah berhubung dengan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Mohd Khalid Ismail) supaya tindakan tegas diambil terhadap kartel atau sindiket yang terlibat. Kita tidak boleh benarkan Sabah menjadi transit atau hab pengedaran dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Kebun Dapur Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) di Padang Istiadat, Tuaran di sini hari ini.

Hadir sama Menteri MAFFI Datuk Jamawi Jaafar, Pembantu Menteri MAFFI Datuk Ruslan Muharam dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau.

Hajiji berkata penguatkuasaan perlu diperkukuh secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Menteri berkata kawalan ketat mesti dilaksanakan di semua pintu masuk negeri melibatkan laluan laut, udara dan darat bagi memastikan aktiviti penyeludupan serta pengedaran dadah dapat dibanteras sepenuhnya.

"Sabah perlu dikawal daripada menjadi transit pengedaran.Tahniah kepada PDRM kerana berjaya menangkap dan membenteras kegiatan pengedaran dadah di Sabah," katanya.

Pada Jumaat lepas, PDRM bersama agensi penguatkuasaan lain telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah di beberapa kawasan di negeri itu dalam Ops Coleoptera dan Ops Bayu 2, dianggarkan bernilai lebih RM240 juta.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.425297 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list