CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25521|Reply: 8

[Tempatan] Mayat lelaki ditemui dalam tong simen di belakang kilang, polis klasifikasi bunuh

[Copy link]
Post time 15-2-2026 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an ditemukan mati dalam tong berisi simen di belakang sebuah kilang kosong di Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, mayat mangsa dipercayai telah dimasukkan ke dalam tong itu lebih 24 jam lalu sebelum ditemukan oleh pekerja yang ingin mengambil barang terbuang. Hasil pemeriksaan awal mendapati kesan kecederaan parah di kepala dan leher. Suspek masih dalam siasatan dan motif kejadian disyaki berkaitan hutang atau dendam. Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Sumber: Polis Johor Bahru Selatan / Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2026 02:13 PM | Show all posts
lagi 1 kes pembunuhan kejam

belum reda acik kena potong

dah kes kena simen plak



bagi lagi details please

nothing much to say ringkas sgt berita
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi?lps kes kerat kes masuk tong
Makhluk asing ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia masih amaron
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas satu... satu kes bunuh2 ni
Yg ini bangsa apa pula? Lelaki ke perempuan? Details pls dear tt
Harap polis cepat le jejak pembunuh tu. Nak tahu gak le kenapa kejam sgt
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 15-2-2026 03:45 PM
Malaysia masih amaron

Kevin Morais tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2026 04:18 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 15-2-2026 04:21 PM

kes kerat2 dan ditong simenkan ni mmg sadis

tapi ada yg lagi sadis

kes ni yg pertama dan blom lagi ada orang mampu tiru kat Mesia

bom pakai C4

ko mampu?

Malaysia masih amaron





Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 04:25 PM | Show all posts
Insiden terpencil aje. Dekat-dekat Tahun Baru Cina lepas itu Ramadan ada aje kes jenayah terpencil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2026 06:09 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-2-2026 04:02 PM
Kevin Morais tersenyum sinis {:mlwa ...

hebat betul fitnah najib tong simen kevin morais tu dulu
membuak2 kemarahan mereka terhadap najib


alih2 geng sendiri yang bunuh

malu nyeee

Kes bunuh Kevin Morais: Bekas patologi kekal ke tali gantung

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... kal-ke-tali-gantung

Putrajaya: Bekas pakar patologi tentera kekal ke tali gantung manakala dua lagi lelaki masing-masing dipenjara 35 dan 40 tahun oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan dalam tong dram konkrit, 10 tahun lalu.

Bekas pakar patologi itu ialah Kolonel Dr R Kunaseegaran, 62, manakala pemberi pinjaman wang, S Ravi Chandaran, 54, dipenjara 40 tahun dan S Nimalan, 32, dipenjara 35 tahun dan 12 sebatan.

Mahkamah sama turut memerintahkan tiga lagi lelaki iaitu R Dinishwaran, 33; A K Thinesh Kumar, 32; M Vishwanath, 35, dilepas dan dibebaskan serta-merta selepas mahkamah mendapati kekurangan bukti untuk mensabitkan pembabitan mereka dalam pembunuhan itu.

Sebelum ini keenam-enam perayu, merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050330 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list