CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27320|Reply: 0

[Sarawak] Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri bersama YAB Premier Sarawak dijangka diadakan di Bintulu

[Copy link]
Post time 14-2-2026 03:28 PM | Show all posts |Read mode


Muhamad Yakup (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bahagian Bintulu bagi penganjuran Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri bersama YAB Premier Sarawak.

BINTULU: Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri bersama YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka akan diadakan di bahagian ini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh, masa dan tempatnya belum ditentukan dan mesyuarat penyelarasan Bahagian Bintulu telah diadakan bagi menyelaras dan persediaan penganjuran majlis tersebut di Bilik Mesyuarat 316 Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Wisma Bintulu baru-baru ini.

Jurucakap BDA berkata, mesyuarat itu bagi menyelaras peranan, tanggungjawab serta kerjasama semua pihak terlibat demi memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran majlis tersebut.

"Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, mesyuarat itu melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor industri, perhotelan, peruncitan serta wakil komuniti setempat.

Tambahnya, perbincangan memfokuskan aspek penyelarasan operasi, logistik, keselamatan serta sokongan komuniti sebagai usaha bersepadu ke arah penganjuran majlis yang teratur, selamat dan berimpak tinggi.

Justeru katanya, kerjasama dan komitmen padu semua pihak amat dihargai dalam menjayakan penganjuran majlis ini selaras dengan aspirasi pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Bahagian Bintulu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:34 AM GMT+8 , Processed in 2.365691 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list