CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12158|Reply: 1

[Tempatan] Maritim Malaysia berjaya selamatkan 1,786 mangsa menerusi 256 operasi sepanjang 2025

[Copy link]
Post time 14-2-2026 02:28 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyatakan terdapat 1,786 mangsa berjaya diselamatkan daripada 1,930 mangsa menerusi 256 operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) pada 2025.

Ketua pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata daripada jumlah tersebut terdapat 125 kematian direkodkan.

Beliau turut menekankan pematuhan prosedur keselamatan seperti pemakaian jaket keselamatan, membawa kit kecemasan serta Personal Locator Beacon (PLB), penggunaan bot yang berdaftar dan selamat serta pemantauan cuaca sebelum melakukan aktiviti di laut adalah aspek yang tidak boleh dikompromi.

“Ia bagi mengelakkan kemalangan serta kehilangan nyawa,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.

Pada masa sama beliau turut memberi jaminan bahawa tahap keselamatan pelancongan maritim negara berada dalam keadaan terkawal, selain bersedia sepenuhnya menyokong penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Rosli Abdullah berkata agensinya akan memainkan peranan penting dalam membina keyakinan pelancong tempatan dan antarabangsa terhadap keselamatan aktiviti perairan negara.

Maritim Malaysia kini berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi memastikan semua aktiviti pelancongan maritim dapat dijalankan dengan selamat, berstruktur dan mematuhi piawaian keselamatan sepanjang tahun, ujarnya.

Mengulas persediaan menjelang VM2026, beliau berkata tumpuan diberikan kepada pulau-pulau peranginan, perairan pantai, laluan feri dan bot penumpang, dan kawasan rekreasi laut.

Pendekatan bukan hanya tertumpu kepada penguatkuasaan, tetapi melibatkan pencegahan awal dan pemantauan keselamatan proaktif bagi memastikan perairan Malaysia dirasai selamat oleh pelancong.

Maritim Malaysia akan menyambut Hari Ulang Tahun Ke-21 pada 15 Februari ini di Miri, Sarawak dengan tema “21 Tahun Maritim Malaysia: Maritim Diperkasa, Samudera Terpelihara.”

Sambutan ini menjadi platform memperkukuh hubungan strategik antara agensi maritim, industri pelancongan, komuniti perkapalan dan masyarakat setempat.

Rosli Abdullah menegaskan bahawa keselamatan di laut adalah tanggungjawab bersama, dan menyeru semua pihak memainkan peranan agar TMM 2026 bukan sahaja merancakkan ekonomi, tetapi mengukuhkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan maritim yang selamat dan diyakini dunia.

https://www.astroawani.com/berit ... rasi-sepanjang-2025

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 11:38 PM | Show all posts
Interesting.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.066937 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list