CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15297|Reply: 5

Tiga cedera terkena letupan di pusat mengundi, ahli politik meninggal dunia di Bangladesh

[Copy link]
Post time 13-2-2026 10:04 AM | Show all posts |Read mode





Dhaka: Tiga orang mengalami kecederaan ringan selepas sebutir bom buatan sendiri meletup di sebuah pusat mengundi di daerah Gopalganj, kira-kira 100 kilometer ke barat daya ibu negara Dhaka pada pagi Khamis semasa pilihan raya umum berlangsung, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Pegawai kanan polis di Gopalganj, Md Sarwar Hossain memberitahu wartawan bahawa letupan itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan di pusat mengundi Sekolah Antarabangsa Reshma.

Letupan itu menyebabkan kecederaan ringan dan kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, katanya.

"Ketenteraman dan keselamatan kini terkawal sepenuhnya dan proses pengundian diteruskan seperti biasa di pusat berkenaan," kata Hossain.

Beliau berkata, letupan itu dipercayai bertujuan untuk mencetuskan panik dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

Pegawai pengurus pusat pengundian itu, Zahirul Islam berkata keadaan berjaya dikawal dengan pantas.

Dalam insiden berasingan, seorang pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh, Mohibuzzaman Kochi, meninggal dunia selepas didakwa ditolak sehingga terjatuh di sebuah lagi pusat mengundi.

Beliau dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor. Polis memaklumkan bahawa siasatan telah dilancarkan berhubung kejadian itu.

Pilihan raya parlimen Bangladesh bermula pagi Khamis dengan lebih 127 juta pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka.

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 10:10 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 01:09 PM | Show all posts
Tapi yang datang sini sumua baik-baik kan......
Dekat sini mereka happy sumua puas hati, tada tolak-tolak macam ini kan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 13-2-2026 01:09 PM
Tapi yang datang sini sumua baik-baik kan......
Dekat sini mereka happy sumua puas hati, tada tolak- ...


sini Malaydesh...apa buat sumer vole...Mulayu+Bangla Serumpun...bentuk nigara Malaydesh....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
[em:15:]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 11:40 PM | Show all posts
Hhhmmm...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.261309 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list