CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25407|Reply: 0

[Kedah] Dua anggota AADK direman disyaki minta, terima rasuah RM2,000

[Copy link]
Post time 11-2-2026 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Dua anggota AADK direman disyaki minta, terima rasuah RM2,000

11 Februari 2026 01:33pm





SPRM Kedah menahan reman dua anggota AADK negeri atas tuduhan rasuah RM2,000 pada tahun lepas






ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 pada tahun lepas.

Perintah reman selama empat hari bermula semalam terhadap dua suspek wanita itu dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas membenarkan permohonan SPRM di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini pagi Selasa.


Permohonan dibuat di hospital kerana seorang daripada suspek difahamkan mengalami masalah kesihatan.

Menurut sumber, dua suspek berusia lingkungan 30 dan 40-an ditahan antara 2 hingga 5 petang Isnin lepas, semasa hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

"Siasatan awal mempercayai dua suspek itu bersubahat menerima wang tunai kira-kira RM2,000 pada tahun lepas daripada seorang individu bagi menyelesaikan kes ujian saringan air kencing positif dadah,” katanya.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/767721/berita/semasa/dua-anggota-aadk-direman-disyaki-minta-terima-rasuah-rm2000


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 07:07 PM GMT+8 , Processed in 1.749868 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list