CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7986|Reply: 0

[Kedah] AKPS gagalkan cubaan seludup hampir 100 tan beras di bukit kayu hitam

[Copy link]
Post time 11-2-2026 12:24 PM | Show all posts |Read mode
AKPS gagalkan cubaan seludup hampir 100 tan beras di bukit kayu hitam

BERNAMA




SEBAHAGIAN beras yang cuba diseludup dari negara jiran yang dirampas AKPS di Kompleks ICQS. FOTO ihsan AKPS



Bukit Kayu Hitam: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menggagalkan cubaan menyeludup hampir 100 tan beras bernilai hampir RM640,000 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini, semalam.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasarudin M Nasir berkata, dua kontena diperiksa kira-kira 4 petang di Blok E3, Laluan Masuk ICQS Bukit Kayu Hitam susulan maklumat risikan yang diterima.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan membawa beras tanpa sebarang pengisytiharan, yang disembunyikan di dalam treler kontena dipercayai bagi mengelirukan pemeriksaan di pintu masuk negara.

"Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 49,950 kilogram beras bagi setiap treler, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan sebanyak 99,900 kilogram," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kesemua beras itu dianggarkan bernilai RM639,400, manakala dua motolori kontena bersama treler yang dianggarkan bernilai RM420,000 turut disita untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 20 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

"Kes diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras Negeri Kedah untuk tindakan lanjut, manakala maklumat berkaitan ejen atau syarikat yang terlibat masih dalam siasatan," katanya.



Disiarkan pada: Februari 11, 2026 @ 11:52am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1321461/akps-gagalkan-cubaan-seludup-hampir-100-tan-beras-di-bukit-kayu-hitam




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 05:42 PM GMT+8 , Processed in 1.231436 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list