CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12856|Reply: 3

Netanyahu arah 2 rakyat Palestin-Israel dilucut kewarganegaraan, diusir

[Copy link]
Post time 11-2-2026 09:36 AM | Show all posts |Read mode




BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau mengarahkan dua rakyat Palestin yang memiliki kewarganegaraan Israel dan disabitkan kesalahan berkaitan keganasan dilucutkan kewarganegaraan.

Mereka juga diusir ke kawasan di bawah kawalan Palestin, yang dilihat sebagai strategi bagi 'menghalau' warga palestin menetap di wilayah dikuasai Israel.

Langkah sedemikian kali pertama diambil di bawah undang-undang 2023 yang membenarkan penarikan balik kewarganegaraan atau permit pemastautin Israel daripada pelaku serangan anti-Israel.

Kebiasaannya, keluarga penyerang itu akan menerima pampasan daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang berpangkalan di Tebing Barat.

"agi ini (Isnin) saya menandatangani pelucutan kewarganegaraan dan pengusiran dua warga Israel yang melakukan serangan tikaman dan tembakan terhadap orang awam Israel serta diberi ganjaran atas perbuatan mereka oleh PA.

"Saya berterima kasih kepada Pengerusi Gabungan, Ofir Katz kerana mengetuai undang-undang yang akan mengusir mereka dari negara Israel, dan ramai lagi seperti mereka akan menyusul," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.

Netanyahu, yang mengetuai antara kerajaan paling berhaluan kanan dalam sejarah Israel, tidak mengenal pasti dua lelaki itu, namun media Israel menamakan mereka sebagai Mohammed Hamad al-Salhi dan Mohammed Halasah.

Kumpulan advokasi Kelab Tahanan Palestin mengesahkan nama mereka kepada AFP dan memaklumkan kedua-duanya berasal dari Baitulmaqdis Timur yang diduduki Israel.

Menurut kumpulan itu, Salhi dibebaskan dari penjara pada 2024 selepas 23 tahun dipenjarakan dan memiliki kewarganegaraan Israel.

Ia turut menyatakan Halasah memegang kad pemastautin Baitulmaqdis Timur iaitu dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan pihak berkuasa Israel kepada rakyat Palestin, namun ia tidak memberikan kewarganegaraan Israel.

Seorang saudara yang dihubungi AFP berkata Halasah sebelum ini memiliki kewarganegaraan Israel tetapi telah dilucutkan beberapa bulan lalu.

Sumber sama memaklumkan Halasah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun ketika masih di bawah umur dan sudah menjalani kira-kira separuh daripada tempoh hukuman itu.

Media Israel melaporkan pengusiran Salhi mungkin dilaksanakan tidak lama lagi, manakala pengusiran Halasah hanya akan dikuatkuasakan selepas beliau dibebaskan dari penjara pada akhir hukumannya.

Di bawah undang-undang itu, individu yang diusir akan dihantar ke kawasan yang dikawal Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat yang diduduki atau ke Semenanjung Gaza.

Adalah, sebuah kumpulan Israel yang mempertahankan hak minoriti Arab, ketika undang-undang itu diluluskan berkata ia secara jelas dan eksklusif menyasarkan rakyat Palestin sebagai sebahagian daripada pengukuhan dua sistem perundangan berasingan berasaskan keunggulan puak Yahudi.

Pada awal 2025, PA mengumumkan pihaknya menamatkan pembayaran kepada keluarga mereka yang dibunuh oleh Israel atau dipenjarakan di penjara Israel termasuk ramai yang ditahan kerana menyerang rakyat Israel.

Namun kerajaan Israel mendakwa sistem yang digelarnya sebagai program 'Pay for Slay' atau 'Bayaran Untuk Pembunuhan' masih wujud dalam bentuk lain. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 11:30 AM | Show all posts
bila nak mampos bangsa ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 11:48 AM | Show all posts
any government would do the same, or maybe more.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 12:07 PM | Show all posts
yang sewel2 je masih mensokong negara setinggan haram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4047 Replies : 179
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 38716 Replies : 84

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:42 AM GMT+8 , Processed in 2.993324 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list