Edited by FOTHER-MUCKER at 10-2-2026 03:23 AM
21 Orang Asli direman ceroboh tanah milik Sultan Pahang
KUANTAN: Empat lelaki daripada 21 Orang Asli yang ditahan kerana disyaki menceroboh tanah milik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Rompin direman selama dua hari sehingga esok.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, seramai 17 wanita Orang Asli turut ditahan direman selama sehari dan akan dibebaskan hari ini.
Beliau berkata, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Melody Wong Sze Woon di Mahkamah Pekan jam 9.30 pagi tadi. Seramai 17 wanita direman sehari manakala empat lelaki direman dua hari hingga esok (11 Februari)," katanya hari ini.
Media hari ini melaporkan polis menahan 21 Orang Asli berusia antara 26 tahun hingga 60 tahun kerana disyaki menceroboh tanah milik Sultan Pahang, semalam.
Berdasarkan laporan, polis menerima laporan daripada Balai Polis Kuala Rompin, Rompin berkenaan pencerobohan tanah milik Sultan Pahang.
Pengadu adalah wakil syarikat yang dilantik untuk mengusahakan tanah milik baginda dengan melaporkan berkaitan sekumpulan Orang Asli menceroboh dan merosakkan palang besi serta memotong buah kelapa sawit di kawasan ladang milik baginda seluas 718.281 hektar tanpa kebenaran.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh secara jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
|