CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1945|Reply: 0

[Sabah] Kerjasama industri-IPT perkukuh kerelevanan pendidikan tinggi

[Copy link]
Post time 10-2-2026 01:26 PM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Hairul (dua kiri) Prof. Dr. Amer Shakir (dua kanan) menunjukkan dokumen MoU yang mereka tandatangani.

KOTA KINABALU: Kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi (IPT) dan pihak industri dilihat sebagai kunci utama dalam memastikan program akademik kekal relevan, praktikal serta menepati keperluan dunia sebenar.

Naib Canselor Enforcement, Leadership and Management University (ELMU), Profesor Datuk Dr Kassim Noor Mohamed berkata, penglibatan industri secara langsung membantu membimbing inisiatif akademik agar selari dengan amalan profesional semasa, realiti perundangan dan perspektif antarabangsa.

Katanya, pendekatan itu bukan sahaja mengukuhkan kerelevanan program, malah menyokong penyelidikan gunaan serta meningkatkan kebolehpasaran dan tahap kesiapsiagaan graduan serta profesional.

“Ini secara langsung mengukuhkan kerelevanan program, menyokong penyelidikan gunaan, serta meningkatkan kebolehpasaran dan tahap kesiapsiagaan graduan dan profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara ELMU dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Starway International Sdn Bhd dan Quad Destiny Holdings Berhad di ELMU Grand Hall, Bandar Enstek, pada Isnin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengarah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ELMU, Datuk Hairul Ridza Hayata.

MoU antara ELMU dan UiTM dimeterai oleh Datuk Hairul mewakili Dr Kassim, manakala UiTM diwakili Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Prof Dr Amer Shakir Zainol bagi pihak Naib Canselor UiTM.

Bagi Starway International Sdn Bhd, MoU ditandatangani oleh Pengerusinya, Tan Sri Liow Tiong Lai, manakala Quad Destiny Holdings Berhad diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Tarmizi Mukhtar.

Mengulas lanjut, Dr. Kassim berkata, fokus utama ELMU adalah terhadap kecemerlangan penguatkuasaan, pembangunan kepimpinan, pemerkasaan tadbir urus serta keupayaan pengurusan.

“Kami melatih individu untuk beroperasi dalam sistem yang kompleks, melaksanakan autoriti secara bertanggungjawab serta membuat keputusan yang mempunyai implikasi undang-undang, etika dan organisasi.

“Kejayaan institusi bukan sahaja diukur berdasarkan jumlah pendaftaran, tetapi melalui tahap kompetensi, integriti dan keberkesanan graduan yang kami lahirkan,” katanya.

Sementara itu, Prof Dr Amer Shakir berkata, kepakaran Fakulti Undang-Undang UiTM dalam bidang undang-undang, tadbir urus dan rangka kerja kawal selia akan memainkan peranan penting dalam menjayakan kerjasama berkenaan melalui program konkrit, inisiatif kolaboratif serta hasil yang mampan.

Menurutnya, kerjasama tersebut selari dengan keutamaan nasional dan keperluan industri semasa.

“UiTM mengiktiraf ELMU sebagai institusi khusus dengan mandat jelas dalam bidang penguatkuasaan, kepimpinan dan pendidikan pengurusan.

“Kami yakin kerjasama ini akan mencipta nilai melalui pertukaran ilmu, inisiatif tersusun serta program pembangunan kapasiti yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi,” katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata, ELMU telah membuktikan kedudukannya sebagai institusi yang menekankan aspek kepimpinan, tadbir urus dan pembangunan profesional.

“Nilai-nilai ini selari dengan falsafah Starway International. Melalui MoU ini, kami berharap dapat meneroka bidang seperti latihan industri, pendidikan eksekutif, program kolaboratif, latihan serta penyelidikan gunaan yang bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan organisasi, malah pembangunan negara,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 20178 Replies : 24
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 1265 Replies : 5
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 23521 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41484 Replies : 529
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23616 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 364255 Replies : 3552
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19986 Replies : 8
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 66928 Replies : 48
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31938 Replies : 24
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
ultra78KKM batal notifikasi produk kosmetik ber
Views : 31051 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.744081 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list