CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10787|Reply: 0

[Johor] Sungai Benut, Empangan Machap kritikal akibat kemarau berpanjangan

[Copy link]
Post time 10-2-2026 09:27 AM | Show all posts |Read mode

KERAJAAN negeri menggerakkan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kesan kepada rakyat yang terjejas akibat masalah bekalan air. FOTO Facebook Onn Hafiz Ghazi

Kluang: Bekalan air di beberapa kawasan di Johor kian terjejas susulan paras Sungai Benut yang mencapai tahap minimum manakala Empangan Machap berada di bawah paras operasi selamat, menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam hanya mampu beroperasi sekitar 34 peratus kapasiti.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, situasi disebabkan cuaca kering berpanjangan namun kerajaan negeri menggerakkan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kesan kepada rakyat.

Beliau berkata, ketika ini kerajaan melaksanakan pengukuhan operasi LRA Yong Peng yang mampu menyalurkan tambahan empat juta liter sehari bagi membantu menstabilkan bekalan air.

"Pemasangan sistem pontoon di Empangan Machap sedang dilaksanakan untuk menyalurkan tambahan sehingga 20 juta liter sehari ke Sungai Benut bagi menyokong operasi LRA Simpang Renggam.

"Selain itu, tambahan 14 lori tangki air dari luar Johor bagi menampung 28 lori sedia ada yang dijangka tiba hari ini.

"Negeri lain turut menyumbang 15 lori tangki tambahan yang berkapasiti antara lima hingga tujuh meter padu khusus untuk kawasan Pontian dan Simpang Renggam," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Menurut Onn, sebanyak 41 tangki air statik ditempatkan di lokasi keutamaan bagi membantu komuniti terjejas, membabitkan sembilan lokasi di Kluang serta 32 lokasi di Pontian.

Selain itu, katanya, bekalan makanan minuman dengan mengedarkan air mineral, difokuskan kepada kawasan hujung sistem dan komuniti berisiko tinggi seperti sekolah, klinik dan penempatan padat.

"Bagi meningkatkan peluang hujan di kawasan tadahan air, operasi pembenihan awan dijadualkan pada 11, 12 dan 15 Februari ini di Empangan Machap, Layang dan Ulu Sungai Sedili Kecil.

"Operasi ini dilaksanakan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.178415 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list