CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 28266|Reply: 0

[Kedah] Pendakwah, ketua jabatan kewangan sambung beri keterangan kepada SPRM di Putrajaya hari ini

[Copy link]
Post time 9-2-2026 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Pendakwah, ketua jabatan kewangan sambung beri keterangan kepada SPRM di Putrajaya hari ini


Oleh Ilah Hafiz Aziz - Februari 9, 2026 @ 8:40pm





Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah di negeri ini oleh SPRM selepas disyaki bersubahat dalam penyelewengan dana dianggarkan RM1.3 juta. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman



KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas bersama seorang ketua jabatan kewangan dan perakaunan sebuah institusi pendidikan dan dakwah di Kedah diambil keterangan sekali lagi di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Kedua-dua mereka yang dibebaskan daripada tahanan reman kali kedua petang semalam, hadir ke di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya jam 11.30 pagi, dipercayai untuk memberi maklumat dan membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana yang dihadapi.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

"Mereka tidak ditahan dan dibebaskan malam ini... keterangan akan kembali disambung esok," katanya.

Jumaat lalu, perintah reman ke atas mereka disambung tiga hari sehingga semalam selepas masing-masing an ditahan semula kira-kira jam 6 petang Khamis di Pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

Terdahulu, kedua-dua mereka direman sehari selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani, sebelum dibebaskan jam 5 petang hari yang sama.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1507473/pendakwah-ketua-jabatan-kewangan-sambung-beri-keterangan-kepada-sprm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.039606 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list