CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 25432|Reply: 0

[Sarawak] KMKK diingat fahami tanggungjawab, amanah dipikul selepas diberi kepercayaan memimpin

[Copy link]
Post time 9-2-2026 11:16 AM | Show all posts |Read mode


Tiong merakam kenangan bersama KMKK pada Majlis Penyerahan Notis dan Sijil Pelantikan KMKK kawasan DUN Dudong, hari ini.

SIBU: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) diingatkan agar memahami tanggungjawab serta amanah yang dipikul selepas diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memimpin.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pemilihan ketua masyarakat khususnya di rumah panjang, dibuat berdasarkan suara majoriti dan setiap individu perlu berlapang dada menerima keputusan tersebut.

“Jika kita kalah dalam pemilihan, kita harus berani mengaku kekalahan. Ini menunjukkan rakyat masih belum memberi keyakinan kepada kita sebagai ketua dan perkara itu perlu dijadikan pengajaran untuk memperbaiki diri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Notis dan Sijil Pelantikan KMKK kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan tidak matang sehingga mencetuskan perpecahan dalam masyarakat hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat serta menyukarkan kerajaan menerima seseorang sebagai ketua baharu di kawasan berkenaan.

“Segala perkara ada masanya. Jika masa belum tiba, kita perlu bersabar, terus belajar dan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Jangan hanya mahu jawatan tetapi enggan memikul tanggungjawab,”tegasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu berkata, ada ketua masyarakat yang kehilangan kepercayaan rakyat kerana gagal menjalankan tugas, termasuk tidak membantu masyarakat ketika berlakunya bencana seperti banjir serta bersikap pilih kasih berdasarkan fahaman politik.

“Sebagai ketua kaum atau ketua masyarakat, kita mesti berlaku adil kepada semua tanpa mengira latar belakang atau parti politik. Undang-undang kerajaan negeri jelas menuntut perkhidmatan diberikan kepada semua rakyat,” ujarnya.

Katanya, tugas kepimpinan tidak seharusnya dijadikan platform untuk publisiti atau mencari populariti semata-mata, sebaliknya perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan amanah.

Tiong menegaskan agar setiap aduan atau permohonan bantuan daripada rakyat diberi perhatian serius dan diusahakan penyelesaiannya.

“Ini termasuk berbincang dengan pihak berkaitan seperti pegawai kerajaan atau jawatankuasa berkaitan bagi memastikan keputusan yang dibuat adil kepada semua pihak,” katanya.

Beliau turut menggesa semua pihak supaya menghormati keputusan Jawatankuasa Pilihan KMKK demi menjaga keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat.

“Niat kita mestilah ikhlas demi rakyat dan masyarakat. Tidak kira platform atau parti mana sekalipun, selagi kita mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, itu yang paling utama,” jelasnya.

Beliau menyeru semua ketua kaum dan ketua masyarakat agar bersama-sama memberikan perkhidmatan yang adil, cekap dan cemerlang kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Pada majlis tersebut, seramai 45 KMKK dari kawasan DUN Dudong, Bawang Assan (23) dan kawasan Matu dalam DUN Bawang Assan (15).

Turut hadir ialah ADUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman dan Pegawai Daerah Sibu Tsong Chow Choon.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.049355 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list