CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14735|Reply: 0

[Sabah] 'Sabah First' kekal teras dasar kerajaan negeri

[Copy link]
Post time 9-2-2026 07:46 AM | Show all posts |Read mode


RASMI: Ceasar bersama tetamu kehormat lain menyempurnakan acara Yee Sang pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Prinsip 'Sabah First' terus menjadi teras kepada setiap dasar dan keputusan kerajaan negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Sabah sentiasa diutamakan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, ia juga untuk memastikan hasil negeri diurus dengan bertanggungjawab, serta peluang ekonomi diperluas secara adil kepada seluruh masyarakat.

“Oleh itu menjadi harapan saya untuk kita semua rakyat Sabah, tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama untuk bersama-sama menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 ini,” katanya pada acara Kongsi Raya Muhibbah Yee Sang di sini, pada Sabtu.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Katanya, 2026 menandakan lembaran baharu buat Sabah untuk terus melangkah ke hadapan yang kini sedang melangkah ke fasa baharu pembangunan, sesuai dengan berakhirnya Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-17 yang lalu.

“Jika Pelan Pembangunan SMJ 1.0 merupakan fasa pemulihan, penyusunan semula dan penstabilan, maka Pelan Pembangunan SMJ 2.0 adalah fasa lonjakan yakni lonjakan daya saing, produktiviti dan nilai ekonomi negeri,” katanya.

Menurutnya, kejayaan Pelan Pembangunan SMJ 1.0 telah memberikan keyakinan bahawa negeri ini berada pada landasan yang tepat.

Justeru katanya, Pelan Pembangunan SMJ 2.0 merupakan lanjutan yang menuntut perubahan yang berterusan dalam mempertingkatkan keupayaan diri, merangkumi perubahan cara berfikir, bekerja dan mencipta nilai baharu untuk rakyat.

“Hala Tuju ini juga sejajar dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 yang dilaksanakan bermula tahun ini sehingga 2030.

"Kerajaan negeri kekal komited melaksanakan agenda Sabah Maju Jaya 2.0 sebagai kerangka pembangunan menyeluruh yang menekankan perpaduan rakyat, kestabilan politik dan Pembangunan yang inklusif serta mampan,” katanya.

Mengenai acara Kongsi Raya Muhibbah Yee Sang, Hajiji berkata ia bukan sekadar gabungan perayaan, tetapi manifestasi nilai saling menghormati,
kebersamaan dan kasih sayang yang telah lama menjadi amalan hidup rakyat Sabah.

“Keharmonian inilah yang menjadikan Sabah sebuah negeri yang aman, stabil dan dicontohi, di mana rakyat pelbagai etnik dan kepercayaan hidup bersama dalam suasana saling memahami,” katanya.

Mengenai cubaan untuk memecahkan rekod ASEAN Yee Sang terpanjang iaitu sepanjang 1,500 meter, beliau berkata, ia bukan sekadar pencapaian dari sudut angka atau ukuran fizikal, tetapi membawa makna yang jauh lebih besar kepada rakyat dan Sabah.

“Ia adalah simbol penyatuan rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan kepercayaan, disatukan dalam satu niat dan tujuan yang sama, iaitu untuk membina dan memajukan Sabah yang kita cintai bersama.

“Semoga acara ini dapat memupuk semangat kerjasama serta saling membantu yang melibatkan semua pihak, sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, usahawan serta orang awam, dalam menjayakan satu usaha yang bersejarah di peringkat ASEAN.

“Berteraskan semangat saling menghormati dan kepercayaan, hubungan ini menjadikan ASEAN rakan strategik penting untuk Sabah dalam pelancongan, perdagangan dan pelaburan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 20178 Replies : 24
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 1265 Replies : 5
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 23521 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41484 Replies : 529
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23616 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 364255 Replies : 3552
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19986 Replies : 8
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 66928 Replies : 48
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31938 Replies : 24
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
ultra78KKM batal notifikasi produk kosmetik ber
Views : 31051 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 03:00 PM GMT+8 , Processed in 1.464403 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list