CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27455|Reply: 0

[Kedah] KPDN Kedah sumbang kenderaan lucut hak kepada kolej vokasional

[Copy link]
Post time 8-2-2026 06:19 PM | Show all posts |Read mode
KPDN Kedah sumbang kenderaan lucut hak kepada kolej vokasional

BERNAMA




Muhammad Nizam Jamaludin (empat dari kanan) melihat kenderaan yang dilucut hak yang disumbangkan kepada Kolej Vokasional Alor Setar bagi kegunaan pelajar automotif di insititusi berkenaan, hari ini. FOTO BERNAMA



Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyumbang dua kenderaan lucut hak bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada Kolej Vokasional Alor Setar di sini hari ini.

Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata kenderaan jenis Toyota Hilux dan Honda Civic itu telah dilucut hak kepada kerajaan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata sumbangan itu bertujuan meningkatkan kemahiran praktikal pelajar serta memberi pendedahan kepada teknologi enjin kenderaan sebenar selaras dengan perkembangan pesat teknologi automotif masa kini.

"Penyerahan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan KPDN dalam memperkukuh kerjasama strategik dengan institusi pendidikan melalui penyerahan aset yang telah dilucut hak kepada kerajaan.

"KPDN berharap aset yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak kolej bagi memastikan pelajar memperoleh latihan berkualiti sejajar dengan keperluan industri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Nizam berkata sepanjang 2025, sebanyak 131 tindakan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 melibatkan 43 kenderaan termasuk kereta, motosikal dan treler dengan nilai sitaan keseluruhan lebih RM3.49 juta.

Katanya selepas ini dua lagi kenderaan dijangka diserahkan kepada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra setelah selesai proses perundangan.

Beliau berkata pihaknya berharap sumbangan itu dapat memberi impak positif kepada sektor pendidikan serta komuniti setempat, selain membantu pelajar memperoleh latihan teknikal yang lebih menyeluruh melalui penggunaan peralatan sebenar.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Alor Setar Saari Yazit berkata sumbangan KPDN Kedah dapat memperkukuh latihan praktikal pelajar dalam bidang automotif yang kini mempunyai lebih 120 orang pelajar.

Beliau berkata dengan penambahan pelajar, jumlah kenderaan bagi latihan menjadi sangat penting supaya setiap pelajar mendapat pendedahan praktikal yang seimbang dan sempurna.



Disiarkan pada: Februari 8, 2026 @ 2:44pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1320369/kpdn-kedah-sumbang-kenderaan-lucut-hak-kepada-kolej-vokasional




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26424 Replies : 24
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 12148 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.235261 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list