CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28813|Reply: 0

[Sarawak] GPS adakan perhimpunan agung pertama pada 19 April

[Copy link]
Post time 7-2-2026 03:21 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (tiga kiri) berbincang sesuatu dengan Nanta (dua kiri) dan Sikie (kiri) selepas Mesyuarat Tahunan MKT GPS di Ibu Pejabat PBB, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengadakan perhimpunan agung pada 19 April 2026, yang pertama sejak penubuhan rasmi gabungan itu pada tahun 2019.

Setiausaha Agung GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS yang berlangsung di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

“Perhimpunan agung ini dicadangkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari (Tun Openg) yang juga Pengerusi GPS dan dijadualkan berlangsung pada 19 April depan.

“Perhimpunan ini akan menghimpunkan wakil daripada keempat-empat parti komponen GPS, namun bilangan perwakilan masih belum ditetapkan,” ujarnya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Premier Sarawak.

Empat parti komponen GPS ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Tambah Nanta, mesyuarat turut mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Induk bagi mengendalikan perhimpunan itu yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Timbalan Presiden PBB.

Manakala, timbalan pengerusinya terdiri daripada presiden tiga parti komponen GPS iaitu SUPP, PRS dan PDP.

Nanta juga berkata, Uggah akan memanggil beberapa mesyuarat susulan bagi menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang berkaitan dalam memastikan kelancaran perhimpunan itu kelak.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), perhimpunan itu kata Nanta akan mengangkat tema menjurus kepada pencapaian Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Sementara itu, ditanya sama ada perhimpunan itu berkait dengan persiapan menghadapi pilihan raya negeri (PRN), Nanta berkata GPS sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita memang bersedia untuk apa-apa pun, termasuklah pilihan raya. Namun, perhimpunan ini diadakan kerana sejak GPS ditubuhkan pada 2019, selain pelancaran gabungan, kita belum pernah mengadakan perhimpunan agung.

“Ini adalah perhimpunan agung yang pertama kita sejak peluncuran GPS pada tahun 2019,” jelas Nanta.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah kesemua presiden parti komponen GPS iaitu Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (SUPP), Datuk Seri Tiong King Sing (PDP) dan Dato Sri John Sikie Tayai (PRS).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.898657 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list