CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 34167|Reply: 1

[Dunia] Keluarga rindukan anak lelaki yang diculik pada era dasar satu anak di China

[Copy link]
Post time 6-2-2026 08:07 PM | Show all posts |Read mode





Keluarga rindukan anak lelaki yang diculik pada era dasar satu anak di ChinaParti Komunis memperkenalkan inisiatif perancangan populasi yang ketat pada 1979 untuk menangani kemiskinan dan kepadatan penduduk. - Foto AGENSI
BEIJING: 'Dasar satu anak' yang diperkenalkan oleh Parti Komunis China pada 1979 meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarga yang kehilangan anak lelaki mereka.

Walaupun tiada data rasmi yang didedahkan, seorang bayi lelaki, Li Yuanpeng antara ribuan kanak-kanak yang dianggarkan hilang di China pada tahun 1980 dan 1990, menurut pakar.

Pada satu malam panas 30 tahun lalu, bayi Yuanpeng yang terlelap, berada di antara ibu bapanya, apabila sekumpulan lelaki menceroboh masuk ke rumah mereka di wilayah Guangdong, selatan China.

Mereka menampar Chen Mingxia dan suaminya serta mengikat mereka, sementara bayi Yuanpeng, dengan jubah hijau pucat dan helaian rambut gelap, menangis dari katil.

Itu adalah kali terakhir Mingxia dan suami melihat anak mereka.

"Mereka bawa anak saya pergi," kata Chen kepada AFP sambil teresak-esak.

Yuanpeng diculik pada 1995 ketika dasar satu anak sedang dilaksanakan di China dan aktiviti pemerdagangan kanak-kanak meruncing.

Pada hari-hari selepas penculikan Yuangpeng, Mingxia dan suaminya meninggalkan rumah sebelum subuh, mencari anak mereka di pergunungan, yang ketika itu baru beberapa minggu menjelang ulang tahunnya yang pertama.

Mingxia berkata, beliau masih berharap suatu hari nanti dapat bersatu semula dengan anaknya.
"Hanya ketika itu beban di hati saya akan terangkat.

"Rasanya seperti batu berat menekan dada saya. Jika saya tidak menemui anak saya, ia akan menjadi penyesalan besar dalam hidup saya," kata pekerja kilang berusia 52 tahun itu.

Pada era satu anak, pemerdagangan anak lelaki muda didorong oleh ibu bapa yang menginginkan anak lelaki untuk meneruskan garis keluarga, kata pakar.

Anak perempuan yang tidak diingini sering ditinggalkan atau dijual untuk kerja seks, perkahwinan paksa atau buruh.

"Hanya pewaris lelaki dilihat sebagai saluran sah bagi garis keluarga," kata Penyelidik di King's College London's Lau China Institute, Jingxian Wang, kepada AFP.

Parti Komunis memperkenalkan inisiatif perancangan populasi yang ketat pada 1979 untuk menangani kemiskinan dan kepadatan penduduk, dan mengekalkannya selama beberapa dekad walaupun mendapat amaran daripada pakar demografi.

Walaupun dasar itu berakhir pada 2016, kesannya masih terasa, dengan penurunan bilangan kanak-kanak dan ketidakseimbangan jantina menyumbang kepada kesesakan demografi.

Tahun lalu, kadar kelahiran negara itu jatuh ke paras terendah sejak rekod bermula pada 1949.
Kesan penculikan itu juga nyata, dengan platform media sosial seperti Xiaohongshu dan Douyin dipenuhi dengan foto 'orang hilang', termasuk beberapa yang dikongsi oleh keluarga yang masih mencari anak lelaki mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2026 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang diorang dah tak nak buat anak, lelaki Cina pula banyak Gay.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.052452 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list