CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31150|Reply: 0

[Johor] 150 sertai solat sunat istisqa' mohon hujan di empangan Upper Layang

[Copy link]
Post time 6-2-2026 06:32 PM | Show all posts |Read mode

Seramai 150 individu menyertai solat sunat istisqa anjuran Ranhill SAJ mohon hujan di Empangan Upper Layang di sini di sini pagi hari ini. FOTO ihsan SAJ Ranhill

Johor Bahru: Seramai 150 individu menyertai solat sunat istisqa' memohon hujan di Empangan Upper Layang di sini di sini pagi hari ini.

Solat berkenaan diketuai Imam Masjid Taman Kota Masai, Ostadi Othman.

Dianjurkan Ranhill SAJ dan menurut jurucakapnya, solat berkenaan bertujuan memohon supaya hujan turun di Empangan Upper Layang serta kawasan tadahan air di seluruh Johor.

Katanya, ia turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Interim Ranhill SAJ, Mohd Hedzir Hanafi.

Katanya, solat berkenaan dilaksanakan susulan keadaan cuaca panas dan kemarau yang berpanjangan.

"Ia bagi menzahirkan komitmen syarikat dalam mengimbangi ikhtiar operasi dan spiritual bagi memenuhi keperluan pengguna.

"Langkah mitigasi lain termasuk pemantauan rapi paras serta kualiti air takungan, pengolahan sistem pembekalan yang stabil dan pengurusan operasi loji rawatan secara optimum.

"Semoga doa dan usaha kita dipermudahkan serta dikurniakan hujan yang membawa rahmat buat semua," katanya menerusi siaran media hari ini.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048917 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list