CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13561|Reply: 0

[Johor] Awas lapan ajaran sesat ini!

[Copy link]
Post time 6-2-2026 07:43 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Lapan gerakan ajaran sesat dikesan masih wujud namun tidak aktif dan berada di bawah pemantauan rapi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, lapan gerakan utama yang dikenal pasti ialah Hizbut Tahrir, Syiah, Wahabi, Milah Abraham, Si Hulk, GISBH, Qadiani dan The Ahmadi Religion of Place and Light.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak melihat berlaku peningkatan mendadak dan tiada bukti tentang gelombang besar ajaran sesat baharu yang belum dikenal pasti.

"Ini lapan yang besar kekal kami pantau. Pengarah tak pernah tidur, Datuk Mufti dan semua pihak berkaitan tidak pernah berehat, semua tak pernah tidur tetapi dengan reaksi pantas kami, kuasa di bawah Jabatan Agama Islam, pendakwaan di bawah Jabatan Pendakwaan dan nanti kehakiman akan buat sistem perbicaraan.

"Saya boleh katakan ajaran sesat di Johor ini telah pun kami kenakan tindakan paling keras, ada yang dijatuhkan hukuman, ada yang masih dibicara, ada yang dalam pemantauan dan ia akan berterusan dan saya tegaskan mereka tidak akan kami benarkan hidup pun di Johor ini," katanya pada Majlis Pengumuman Zakat Fitrah bagi Tahun 1447H/2026M di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar di sini, tadi.

Mohd Fared ketika ditanya mengenai penyebaran semula ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light yang dikesan melalui poster yang ditampal di beberapa lokasi di Muar baru-baru ini berkata tindakan menurunkan kain rentang telah dilakukan serta-merta dan pemantauan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan untuk menurunkan bahan itu serta menyiasat dakwaan penyebaran itu.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta masyarakat memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang kegiatan aneh yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Kami merayu orang awam kalau mendengar sebarang media, perkongsian klip video yang pelik, laporkan kepada Jabatan Agama Islam melalui cawangan masing-masing ataupun seperti yang saya katakan tadi, boleh melalui media massa sekalipun kami dapatkan laporan awal dulu.

"Jadi, saya akan minta jabatan membuat siasatan lanjut. Jadi, rakyat jangan pernah rasa takut ataupun rasa aduan kalian tidak akan didengar. Kami gunakan semua sumber walaupun tidak rasmi," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.040769 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list