CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13173|Reply: 0

[Johor] 33 kes positif tibi dikesan di Kota Tinggi, keadaan terkawal

[Copy link]
Post time 6-2-2026 07:41 AM | Show all posts |Read mode


Kota Tinggi: Rutin harian penduduk di lokaliti terbabit dengan wabak kluster penyakit Tuberkulosis atau tibi di daerah ini, berjalan seperti biasa apabila orang ramai dilihat memakai penutup hidung dan mulut.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Miswan Yunus berkata, kluster tibi membabitkan lokaliti Felda Sungai Mas, Bandar Mas dan Felda Papan Timur di sini.

"Semuanya berada dalam keadaan terkawal sehingga hari ini. Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sudah membuat pemantauan rapat dan persediaan yang tinggi di kawasan terbabit.

"Dalam Mesyuarat Tindakan Daerah baru-baru ini, KKM sudah melakukan saringan awal terhadap kontak rapat bagi kes pertama dan keadaan masih terkawal.

"Di kawasan yang terbabit, kehidupan seharian dalam komuniti berjalan seperti biasa, cuma mereka diminta berjaga-jaga dengan memakai penutup hidung dan mulut serta menjaga kebersihan diri," katanya tadi.

Menurut beliau, kes pertama dilaporkan pada 25 Januari lalu membabitkan seorang wanita berusia 40-an.
Susulan itu katanya, saringan awal dibuat ke atas semua kontak rapat pesakit, sebelum 33 orang disahkan positif tibi termasuk pelajar sekolah, warga emas dan kanak-kanak.

Ditanya mengenai kematian seorang daripada 33 pesakit yang disahkan positif itu, Miswan berkata, ia disahkan KKM bukan kerana tibi.

"Difahamkan pesakit itu menghidap tibi dan denggi serentak pada waktu yang sama," jelasnya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, satu kluster tibi direkodkan di Kota Tinggi dengan sebanyak 33 kes positif dikesan hasil saringan ke atas 804 kontak rapat bermula 25 Januari lalu hingga semalam.

Dzulkefly dilaporkan berkata, satu kematian dilaporkan dalam kluster berkenaan, namun mengesahkan bukan disebabkan oleh jangkitan tibi.

Penyakit tibi turut dikenali sebagai batuk kering adalah penyakit berjangkit yang berpunca daripada Mycobacterium tuberculosis yang merebak melalui udara kepada kontak rapat yang berdekatan.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.043347 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list