CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21896|Reply: 0

[Sabah] Hentikan spekulasi isu sempadan Malaysia-Indonesia

[Copy link]
Post time 5-2-2026 02:49 PM | Show all posts |Read mode


SURYADY

KALABAKAN: Rakyat di negara ini diminta supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia selepas beberapa dakwaan tidak tepat timbul kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, berkata spekulasi bahawa Malaysia menyerahkan tanah seluas 5,207 hektar kepada Indonesia adalah tidak berasas.

“Penentuan sempadan ini melibatkan kawasan Outstanding Boundary Problem (OBP) yang sejak awal tidak boleh dianggap milik muktamad mana-mana negara,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Terdahulu, beliau menyambut baik penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sesi penerangan khas di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Katanya, penentuan sempadan darat antara Malaysia dan Indonesia berlandaskan perjanjian dan konvensyen antarabangsa, termasuk Konvensyen 1891, Perjanjian 1915 dan Konvensyen 1928, tanpa melibatkan pampasan atau pertukaran wilayah.

“Proses pengukuran sempadan di kawasan Sungai Sinapat, Sungai Sesai dan Pulau Sebatik dilakukan secara berperingkat sejak 1977 hingga 2023.

“Ia berdasarkan kedudukan sebenar muara sungai dan prinsip geografi dalam perjanjian terdahulu,” katanya.

Suryady menegaskan bahawa kerajaan Sabah turut terlibat secara penuh melalui Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Peguam Negeri dan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah sebelum sempadan dimuktamadkan di peringkat persekutuan secara dua hala.

“Penjelasan rasmi ini penting bagi menamatkan persepsi salah dan sentimen yang boleh mengelirukan rakyat.

“Masyarakat di negara ini digesa merujuk maklumat rasmi dan bukannya spekulasi yang tidak berasas,” katanya.

Beliau menekankan bahawa isu sempadan Malaysia-Indonesia perlu difahami berpaksikan fakta, undang-undang antarabangsa dan diplomasi matang.

“Kefahaman itu bagi memelihara hubungan baik antara kedua-dua negara jiran dan menjaga kepentingan rakyat di kawasan perbatasan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.367724 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list