CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24073|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak memerlukan atlet yang cemerlang, berintegriti, berkeyakinan, bermental kental, mampu kawal tekanan

[Copy link]
Post time 5-2-2026 11:12 AM | Show all posts |Read mode


Rentap menyalakan obor sebagai simbolik merasmikan SUKSAR IV 2026 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak memerlukan atlet yang tidak hanya cemerlang di gelanggang tetapi berintegriti, berkeyakinan, bermental kental dan mampu mengawal tekanan dalam situasi sebenar pertandingan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu berkata ciri-ciri itu perlu ada pada semua atlet kerana landskap sukan yang semakin kompetitif.

“Nilai-nilai dan aspirasi utama inilah yang ingin diterapkan melalui penganjuran Sukan Sarawak (SUKSAR) Ke-4 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 8 Februari,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian SUKSAR Ke-4 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong, hari ini.

Rentap berkata daripada sudut pembangunan atlet, SUKSAR berperanan sebagai medan penilaian utama tahap kesiapsiagaan atlet, bukan sahaja dari segi kemahiran teknikal malah aspek mental, disiplin dan daya tahan.

Beliau berkata para atlet digalak menjadikan temasya itu sebagai platform untuk membina keyakinan diri, meningkatkan daya saing serta mengumpul pengalaman berharga, selaras persediaan berfasa ke arah Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor pada 2026 yang dijadual berlangsung pada 15-24 Ogos.

“Seiring dengan itu, Sarawak meletakkan sasaran jelas kepada para atlet yang berada di sini, untuk mempertahankan kejuaraan SUKMA XXII Selangor 2026.

“Sasaran ini penting bagi membuktikan atlet Sarawak bukan sahaja mampu menjadi juara di peringkat negeri, malah berkeupayaan bersaing secara konsistem dan mengekalkan prestasi cemerlang di peringkat nasional serta berpotensi melangkah ke pentas antarabangsa,” katanya.

Beliau juga berharap para atlet menjadikan SUKSAR ke-4 2026 sebagai platform terbaik untuk membukti dan menonjolkan kemampuan sebenar, memperkukuh keyakinan diri serta menampilkan semangat juang tinggi.

SUKSAR ke-4 2026 akan berlangsung di Sri Aman, Betong dan Lubok Antu dengan 773 atlet dari empat zon utama iaitu Zon Utara (227 atlet), Zon Tengah (171 atlet) , Zon Barat (164 atlet) dan Zon Selatan (211 atlet).

Sebanyak 11 jenis sukan akan dipertandingkan di pelbagai venue dan 105 pingat emas, 105 perak dan 135 gangsa akan dipertaruhkan, menjadikan temasya tersebut medan persaingan amat berdaya saing dan bermakna.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa, ADUN Krian Friday Belik, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dzulkornain Masron dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pemangku Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Khairul Nizam Morshidi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062242 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list