CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17404|Reply: 0

[Sabah] Jambatan Batang Igan dijangka dibuka pada 15 Mac menjelang Aidilfitri

[Copy link]
Post time 5-2-2026 09:59 AM | Show all posts |Read mode


Uggah bersama barisan tetamu di atas Jambatan Batang Igan selepas merasmikan majlis tersebut hari ini.

MUKAH: Jambatan Batang Igan dijangka dibuka kepada orang awam pada 15 Mac depan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, ini sekali gus menamatkan kebergantungan penduduk setempat terhadap perkhidmatan feri yang sebelum ini mengambil masa sehingga setengah jam untuk menyeberangi Batang Igan.

Menurutnya, pembinaan jambatan tersebut adalah satu peristiwa bersejarah bagi penduduk di kawasan itu kerana ia bakal menjadi pemangkin utama kepada perkembangan sosioekonomi, akses pendidikan, perkhidmatan kesihatan serta perhubungan penduduk di Mukah, khususnya di sekitar Jemoreng dan Batang Igan.

“Kalau dahulu menggunakan feri mengambil masa hampir setengah jam, kini hanya mengambil masa kira-kira satu minit untuk menyeberangi Batang Igan.

“Ini sudah tentu membawa perubahan besar kepada kehidupan harian penduduk,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyambungan Jambatan Batang Igan, hari ini.



Uggah merasmikan Majlis Penyambungan Jambatan Batang Igan, hari ini. Turut kelihatan Fatimah, Abdullah, Juanda serta yang lain.

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II itu berkata, pada asalnya projek Jambatan Batang Igan dicadangkan untuk dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, namun diambil alih Kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memastikan ia dapat dilaksanakan tanpa kelewatan.

“Tahun lalu, lapan jambatan siap dibina di Sarawak dan tahun ini kita menjangkakan sembilan lagi jambatan akan siap termasuk jambatan ini (Jambatan Batang Igan).

“Ini membuktikan komitmen Kerajaan GPS dalam memastikan pembangunan infrastruktur terus dipergiat di seluruh Sarawak,” jelasnya.

Katanya, Jambatan Batang Igan sepanjang 1,439.4 meter atau 1.4 kilometer itu dibina mengikut piawaian JKR R5, mempunyai dua lorong dua hala serta menggunakan struktur rasuk-T dengan kaedah kantilever seimbang prategasan dan pascaketegangan.

“Kos keseluruhan projek tersebut adalah sebanyak RM285,536,700 dan turut merangkumi pembinaan jalan penghubung pada kedua-dua belah jambatan.

“Dengan siapnya jambatan itu, perkhidmatan feri di kawasan berkenaan akan dihentikan dan feri tersebut akan dipindahkan ke kawasan lain yang masih memerlukan perkhidmatan itu,” ujarnya.

Uggah berkata, projek infrastruktur sedemikian bukan sahaja memudahkan pergerakan rakyat, malah membuka peluang kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar.

“Ini adalah semangat GPS.

“Kita berjanji, kita laksana dan kita siapkan,” tegasnya.



Uggah bersama Fatimah, Abdullah dan Juanda selepas merasmikan Majlis Penyambungan Jambatan Batang Igan, hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JKR, kontraktor serta penduduk setempat yang memberi kerjasama sepanjang tempoh pembinaan projek tersebut meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk faktor cuaca.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya yang mewakili penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada Kerajaan GPS atas usaha berterusan membangunkan kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng itu berkata, detik bersejarah itu amat bermakna kerana ia membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan kawasan luar bandar tidak ketinggalan daripada arus pembangunan.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.



Jambatan Batang Igan, pemangkin utama perkembangan sosioekonomi, pendidikan, perkhidmatan kesihatan serta perhubungan penduduk di Mukah khususnya di sekitar Jemoreng dan Batang Igan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:43 PM GMT+8 , Processed in 2.083351 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list