CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20177|Reply: 18

[Tempatan] Bergurau ketika solat, penghadang jatuh hempap budak hingga longlai

[Copy link]
Post time 5-2-2026 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial memaparkan kejadian malang menimpa seorang kanak-kanak yang dihempap penghadang jemaah di sebuah masjid.

Menerusi video tular asal yang dimuat naik oleh Mhd Sofyan Nasution di Facebook, kejadian tersebut berlaku pada 26 Januari lalu itu kira-kira pukul 6.22 petang.

Dalam rakaman televisyen litar tertutup masjid berkenaan, pada mulanya kelihatan para jemaah sedang menunaikan solat sambil beberapa kanak-kanak dilihat berlari-lari.
Pada masa yang sama, kamera sempat merakam dua jemaah lain di bahagian wanita yang memakai telekung berwarna hijau dan putih saling menolak antara satu sama lain, dipercayai sedang bergurau.

Kejadian malang itu dipercayai bermula apabila seorang jemaah wanita secara tidak sengaja menolak penghadang yang memisahkan ruang jemaah lelaki dan wanita, sebelum struktur tersebut tumbang lalu menghempap seorang kanak-kanak yang kebetulan sedang melintas di kawasan berkenaan.

Kelihatan para jemaah lain yang melihat kejadian itu segera mengangkat penghadang tersebut sebelum mendapati kanak-kanak yang dihempap itu tidak bermaya dan seakan-akan lemah longlai.

Seorang lelaki yang berbaju merah kemudian datang dan mengangkat kanak-kanak tersebut manakala dua jemaah yang bergurau-senda melanggar penghadang itu meneruskan solat seperti tiada apa berlaku.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian dan keadaan terkini kanak-kanak tersebut tidak dapat dipastikan.

Video tersebut sekali gus menimbulkan rasa marah pengguna media sosial terhadap dua individu tersebut yang dipercayai telah menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak itu.

“Apa bendalah dah besar pun main-main lagi solat. Lepas dah langgar, minta maaf pun apa tak ada. Teruskan solat macam biasa. Kasihan budak tu,” komen Shazlin.

“Kesian weh tengok budak tu, terus nampak lemah longlai. Harap-harap tiada apa yang serius,” komen Yana pula. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas partition tu jatuh dua ekor malaun tu bukan meneruskan solat tapi pura2 solat. Kalau tak kerana ada cctv kita tak akan tau punca partition itu rebah. Nak tunggu malaikat report ja lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak² yg lari² blkang jemaah tu x reti dduk diam. Lari². Yg dok sebelah penghadang pun gurau² tolak². Kejadian spontan
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejadian tidak tahu di mana. Ada yg kata budak tu meninggal dunis. Entah betul atau tidak.

Ada sebab kenapa perempuan solat kat rumah aje. Datang masjid pun waktu solat saf ikut suka hati dia aje nak duduk kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bergurau senda memang budaya Melayu.

Lagi satu bertepuk tepuk tampar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham awat deme bergurau kasaq mcm tu.. iols mmg takazut la tgk budak tu tiba2 lari kat tepi masa penghadang tu rebah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2026 08:50 AM | Show all posts
Kejadian kat Semarang Indon la...Mak budak tu post kat Threads katanya anak dia pengsan dan aman2 aje. Takde plak dia gi spital check kot2 ada trauma ke internal bleeding ke..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:00 AM | Show all posts
Edited by borrow at 5-2-2026 09:06 AM

tp bahaya la penghadang gitu. Klo tgh ralit tersandar ke, boleh jatuh jugak. Kbykkan kat msia ni guna kain je.
Apaknya ckp anak baik2 je : https://www.threads.com/@vatharany/post/DUTQsbNkioS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa petaling giant
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Jenis mak bapak x ajar
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok badan dari belakang ingatkan mak2 org. Sian tgk si kecik tu lembik gitu. Berat sgt ke penghadang tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 10:27 AM | Show all posts
pempuan selalu tak rapat saf
solat ikut suka berpuak2
ditegur pun bulat mata buntang pandang org yg tegur
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:02 AM | Show all posts
betina 2eko tua bangka tu mmg pekat dna dungu kanoha
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:39 AM | Show all posts
tungkai replied at 5-2-2026 08:50 AM
Kejadian kat Semarang Indon la...Mak budak tu post kat Threads katanya anak dia pengsan dan aman2 aj ...

Betul, kejadian di Indonesia.
Kenapa yang angkat baby tu tak cepat2 bawa ke ER. Baby tu dah longlai. Pastu bila dpat tahu ianya berlaku disana : 'patut'lah...

Perkara budak2 berlari2 ni akan berulang lagi setiap solat terawih nanti. Tak dapat nak concentrate solat dengan riuh budak2 berlari2, bergurau dibelakang dan ada yang berjala melintas saf, berlari2 melintas saf. Aduiii.
Parents pun satu, memang lah semua orang nak mengejar pahala tapi janganlah kau sorang je yang nak pulun pahala tu. Orang lain pun nak sama. kalau nak sangat pahala, gilir2lah pergi solat dengan suami. Solat terawih kat rumah tak sah ke? Pastu ada alasan pulak 'nak ajar budak2 ni pergi mesjid/surau'. Waktu lain selain bulan puasa tak pergi/bawa pulak!
Boleh bawa anak2 tapi kawallah dan solatlah dibelakang bersama2 dengan anak2 ni dan bukan disaf depan dan biar budak2 ni dibelakang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 01:04 PM | Show all posts
90% anak B40 yg lari2
mcm berok jakun.



Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 02:09 PM | Show all posts
uda replied at 5-2-2026 11:39 AM
Betul, kejadian di Indonesia.
Kenapa yang angkat baby tu tak cepat2 bawa ke ER. Baby tu dah longla ...

faham..
aku sebagai ibu yg ada anak kecik memang teringin nak join solat terawih kat masjid.
apsal time bulan lain tak bawak budak ke masjid?
sama mcm jemaah lain yang teringin nak sama2 mengimarahkan masjid di bulan ramadhan..
orang lain yg takde anak kecik pon muncul kat masjid bulan ramadhan je..
same goes to these parents.

cumanya sebagai ibu.. kita cuba faham keadaan.
Anak2 memang takkan bole duduk diam hatta 4 rakaat sehaja sekalipun.
biasanya kalau masjid tu mesra kanak-kanak.. akan ada ruang khas utk ibu2 dan anak..
bukan takkan mengganggu.. tapi kurang. so di situla ibu2ni akan solat sambil monitor anak2..

kadang2 ada bapak2 yang bawak anak.. tapi takkan nak solat kat saf ibu2 pulak.
tu yang anak2 kena solat kat belakang saf and main2..
seeloknya kalau bapak2 bawak anak, solatla bahagian belakang or tepi saf. sambil2 bole monitor anak..
habis 2 rakat sempat la tarik anak duduk sebelah..

sama juga kami ibu2 kalau ada baby, akan solat di hujung saf. letak baby di sebelah. sempatla nak tepuk2 kalau mula merengek.
kalau dah out of control, bawakla keluar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2026 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun kes jiran tetangga,iols risau juga nk msuk bulan pose nnti. Kalau boleh yg tgh lasak tu tinggal aje dkt umah. Bwk yg mumayiz je
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang dua ekor bergurau tu dewasakah?


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 5-2-2026 08:50 AM
Kejadian kat Semarang Indon la...Mak budak tu post kat Threads katanya anak dia pengsan dan aman2 aj ...

Laaa, Petaling Jaya dah pindah ke Semarang Indon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.445533 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list