CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 28048|Reply: 0

[Sabah] Bot kargo disyaki ‘runner minyak’ ditahan di perairan Tawau

[Copy link]
Post time 4-2-2026 01:36 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Suspek dan semua barang rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Sebuah bot kargo tempatan disyaki ‘runner minyak’ ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tawau, semalam.

Bot berkenaan dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan dari arah Tawau menuju ke Pulau Sebatik sebelum dipintas kira-kira 0.8 batu nautika utara Muara Sungai Aji Kuning.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata, pemeriksaan awal mendapati bot kargo berkenaan dikendalikan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 40 gelen petrol dianggarkan berjumlah 1,200 liter serta tiga tong gas LPG berisi, dipercayai cuba diseludup keluar tanpa permit.

“Juragan bot juga gagal mengemukakan lesen pendaftaran bot yang sah ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bot, enjin dan semua muatan dirampas sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM46,000, manakala nilai petrol dan tong gas LPG yang dirampas kira-kira RM3,000.

“Modus operandi membawa bahan api dalam kuantiti kecil tetapi dilakukan secara berulang merupakan antara taktik sindiket penyeludupan bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan tanpa mengira kuantiti barangan yang dibawa, khususnya di perairan Tawau yang sering menjadi laluan rentas sempadan,” katanya.

Ariffin berkata, Maritim Malaysia memandang serius sebarang aktiviti jenayah maritim dan akan memastikan aset rondaan sentiasa bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah maritim diminta menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau talian kecemasan 999,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.450192 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list