CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32863|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak fokus kesejahteraan rakyat, inklusiviti teras pembangunan

[Copy link]
Post time 3-2-2026 02:40 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah (tengah) bersama kenamaan lain menggaul 'Yee Sang' simbolik doa kemakmuran, perpaduan dan keberkatan hidup bagi masyarakat Cina pada majlis tersebut.

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan sentiasa memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat dengan menjadikan prinsip inklusiviti sosial sebagai teras pembangunan negeri dalam memastikan tiada yang terpinggir.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina Bahagian Kuching 2026 di Dewan Masyarakat MBKS di sini, hari ini.

"Program Sejambak Kasih bukan hanya dianjurkan sempena Tahun Baharu Cina, malah turut dilaksanakan sempena Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak dan Deepavali sebagai simbol keadilan sosial dan perpaduan rakyat berbilang kaum," ujarnya.

Pada majlis itu, seramai 150 penerima bantuan bulanan kebajikan diraikan dan menerima angpau RM100 serta hamper makanan bernilai RM80 setiap seorang.

Bagi tahun ini, seramai 2,729 penerima bantuan bulanan berbangsa Cina di Bahagian Kuching menyambut Tahun Baharu Cina dengan kesemuanya layak menerima angpau tersebut, termasuk mereka yang tidak hadir ke majlis itu.

Fatimah berkata, angka berkenaan membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang.

Di peringkat negeri katanya, seramai 57,073 individu menerima bantuan bulanan dengan peruntukan hampir RM300 juta sepanjang tahun 2025, manakala di Kuching sahaja melibatkan RM57.28 juta untuk 10,883 penerima.

Bantuan itu katanya, merangkumi pelbagai skim termasuk untuk ibu tunggal, ibu bapa tunggal, orang kurang upaya (OKU), pesakit terlantar, warga emas dan golongan miskin bandar.

Selain bantuan kewangan jelasnya, kerajaan turut menyediakan sistem sokongan sosial menyeluruh melalui Tempat Transit Gelandangan (TTG), Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC), 'soup kitchen,' 'food bank' dan program padanan pekerjaan.

Langkah terbabit tegasnya, bertujuan untuk memastikan golongan rentan dibantu secara holistik, bukan sekadar melalui bantuan kewangan semata-mata.

"Kerajaan negeri juga memberi tumpuan khusus kepada kebajikan warga emas melalui inisiatif seperti Kenyalang Gold Card (KGC), Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) dan saringan kesihatan berkala," ujar beliau.

Kajian Indeks Kesejahteraan Sosial Sarawak 2024 katanya menunjukkan tahap kesejahteraan warga emas berada pada indeks 7.13, mencerminkan pencapaian baik namun masih mempunyai ruang penambahbaikan.

Menurut beliau, kestabilan dan keamanan Sarawak membolehkan kerajaan negeri memberi fokus kepada pembangunan ekonomi, kemudahan asas dan peningkatan pendapatan rakyat.

Justeru katanya, Kerajaan Sarawak akan terus memastikan golongan rentan tidak tercicir daripada arus pembangunan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.986474 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list