CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30420|Reply: 0

[Sarawak] Pemantauan penyakit berjangkit di peringkat komuniti perlu dilaksana secara berterusan

[Copy link]
Post time 3-2-2026 11:03 AM | Show all posts |Read mode


Sagah ketika berucap pada program Disease Surveillance Program hari ini.

SIBURAN: Usaha pemantauan penyakit berjangkit di peringkat komuniti perlu dilaksanakan secara berterusan dan berpandukan data bagi memastikan langkah pencegahan dapat diambil lebih awal dan berkesan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pendekatan pengesanan awal amat penting kerana banyak penyakit berjangkit bersifat laten, iaitu wujud tanpa menunjukkan gejala yang jelas.

“Tanpa pemantauan yang sistematik, jangkitan seperti ini berpotensi menjadi aktif dan menular dalam komuniti tanpa disedari.

“Pemantauan yang konsisten membolehkan kita membuat perbandingan data dari semasa ke semasa, mengenal pasti risiko baharu serta menilai keberkesanan intervensi kesihatan awam yang telah dilaksanakan.

“Melalui data yang tepat, tindakan susulan dapat dirancang dengan lebih strategik demi melindungi kesejahteraan masyarakat,” katanya memetik kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) ketika menghadiri program Disease Surveillance Program itu di sini, hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat turut menegaskan bahawa kesedaran masyarakat mengenai kepentingan saringan kesihatan perlu terus dipertingkatkan, khususnya di kawasan luar bandar.

Kerjasama antara agensi kerajaan seperti Sarawak Infectious Disease Centre (SIDC), pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat jelas memainkan peranan penting dalam memperkukuh sistem kesihatan awam negeri.

Pendekatan proaktif ini dilihat sebagai langkah jangka panjang untuk memastikan tahap kesihatan rakyat Sarawak sentiasa terpelihara serta mampu mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit pada masa depan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:43 PM GMT+8 , Processed in 1.399967 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list