CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1292|Reply: 1

[Tempatan] PMX kata Murid darjah empat akan ambil periksa,kanak kanak 6 tahun boleh masuk darjah 1.Anda setuju?

[Copy link]
Post time 20-1-2026 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 20-1-2026 04:02 PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa perkara baharu dalam sistem pendidikan menerusi Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya pada Selasa.


Berikut mStar senaraikan tiga pembaharuan yang diumumkan oleh Anwar dalam ucapannya hari ini:

1. Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat


Berkuat kuasa pada tahun ini, kerajaan akan memperkenalkan Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat.

Menurut Anwar, ia merangkumi subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains manakala Sejarah akan dimasukkan pada 2027 menjadikan keseluruhan sebanyak lima subjek.


Menurut Anwar, Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat ini membolehkan murid-murid sekolah rendah lebih bersedia sebelum melangkah ke tingkatan satu.


“Guru-guru (kena) ingat, tahun ini ada ujian darjah empat, mengapa nak tunggu darjah enam?

“Kita buat penilaian ini supaya kita tahu, (dalam masa) dua tahun (selepas itu) iaitu murid darjah lima dan enam, mereka mempunyai ruang untuk perbaiki sebelum memasuki tingkatan satu,” katanya.


2. Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga

Bagi pelajar sekolah menengah pula, Anwar berkata Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga akan dilaksanakan bermula tahun 2027.

Ia melibatkan lima subjek iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

"Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan (LA) secara berpusat.

"Nama lain bagi pengukuran ini adalah Matriks Pembelajaran Malaysia," ujar Anwar lagi.


3. Perubahan usia darjah satu

Anwar turut mengumumkan kanak-kanak berusia enam tahun boleh didaftarkan sebagai murid darjah satu pada tahun 2027.

Namun kata Anwar, ketetapan itu belum lagi diwajibkan pada tahun 2027 dan ia bergantung kepada ketersediaan ibu bapa dalam membuat keputusan untuk anak masing-masing.


"Sekarang ni anak-anak masuk sekolah darjah satu umur tujuh tahun. Mulai tahun depan, pra-sekolah (umur) lima tahun, darjah satu (pada usia) enam tahun

"Untuk tahun 2027, kita belum bersedia mewajibkan kerana ada ibu bapa yang rasa anak-anak belum bersedia.

"Masih boleh masuk darjah satu pada usia tujuh tahun. Tapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia daripada sekarang supaya umur lima tahun masuk pra-sekolah," ujarnya lagi.


Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 5 Users voted View Voters
0.00% (0)
16.67% (1)
0.00% (0)
0.00% (0)
16.67% (1)
16.67% (1)
16.67% (1)
0.00% (0)
33.33% (2)
0.00% (0)
0.00% (0)
0.00% (0)
0.00% (0)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052634 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list