CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Musim 2026 mungkin milik Piastri

[Copy link]
Post time 16-1-2026 12:58 PM | Show all posts |Read mode
PIASTRI membuktikan dia mempunyai bakat dan kemampuan luar biasa untuk terus bersinar di F1 bagi tempoh yang panjang. - AFP





Musim 2026 mungkin milik Piastri



  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 16 Januari 2026, 11:00 am




LONDON – Ketua Pegawai Eksekutif McLaren, Zak Brown tetap menaruh harapan tinggi terhadap Oscar Piastri untuk bangkit sebagai pencabar utama menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) yang memasuki era baharu tahun ini.

Brown mengakui, tidak mempunyai sebarang keraguan terhadap Piastri untuk terus bersinar selepas menyaksikan pemandu kelahiran Australia itu hampir mencipta sejarah menjadi juara dunia pada kempen 2025.

Biarpun terlepas gelaran musim lalu dengan perbezaan mata yang tipis, Piastri mempamerkan prestasi menakjubkan apabila mendahului carta kejuaraan selama enam bulan merangkumi 15 pusingan, bermula Grand Prix (GP) Arab Saudi pada April sehinggalah dipintas di Mexico.

Piastri terpaksa berputih mata apabila cuma ketinggalan 13 mata di belakang rakan sepasukan, Lando Norris yang muncul juara dunia sebelum dia turut dipintas oleh bekas pemenang empat kali berturut-turut, Max Verstappen.

Biarpun wujud detik ketegangan dalam kem pasukan terutamanya ketika GP Itali dan Singapura apabila Piastri merasakan strategi McLaren lebih memihak kepada Norris, Brown menegaskan bahawa prestasi pemandu muda itu wajar diberi kredit yang tinggi.

“Mudah untuk kita lupa dia baru sahaja mengharungi tiga musim F1 setakat ini.

Dia memandu dengan prestasi luar biasa sepanjang musim.

Kemahiran dan pengalamannya melangkaui usianya serta membawa diri dengan penuh profesional,” kata Brown.

Brown yang bertanggungjawab membawa masuk Piastri daripada Alpine tiga tahun lalu, tetap optimis bakat pemandu itu akan terus menyinar bersama McLaren.

“Kami memiliki seorang bintang di dalam tangan sejak saat dia tiba dan ia satu penghormatan melihatnya berkembang menjadi pencabar kejuaraan dalam masa singkat.

Saya tiada keraguan dia akan terus bersinar,” tambahnya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2026/01/16/musim-2026-mungkin-milik-piastri/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.784961 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list