|
|
Edited by Burong_Hantuk at 14-1-2026 02:23 PM
KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) dilepaskan daripada reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, susulan penahanan bagi membantu siasatan kes tender perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
BH difahamkan, proses mendapatkan keterangan pegawai tinggi berusia 58 tahun itu sudah dilengkapkan oleh pegawai penyiasat SPRM.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, pihaknya sudah membebaskan PTD daripada tahanan reman pada jam 6.30 petang kelmarin.
Pada 7 Januari lalu, bekas PTD bersama dua isterinya ditahan oleh SPRM berkait projek perolehan tender tentera darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.
Sebelum ini, SPRM memaklumkan, bekas PTD itu dikehendaki memberi keterangan pada 28 Disember tahun lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.
Agensi penguat kuasa itu juga hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu, bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan tentera darat sejak 2023.


|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|