Baru-baru ini, satu lagi Toyota Alphard datang dengan aduan ringkas:
“Pedal brek rasa sedikit lembut.”
Bila diperiksa dengan teliti,
rupanya hos brek sudah mula berusia dan ada kesan rembesan minyak di bahagian sambungan.
Dari luar memang susah nampak, tapi kesannya boleh dirasai semasa memandu.
Situasi yang biasa berlaku pada Alphard / Vellfire:
Hos brek getah mula mengeras akibat usia
Rembesan minyak kecil, tidak ketara
Paras minyak brek turun lebih cepat
Pedal brek rasa berbeza dari biasa
Apa yang dibuat:
Ganti hos brek yang telah berusia
Buat proses bleed minyak brek
Rasa brek kembali stabil dan selesa
Jika anda perasan pedal brek rasa lain dari biasa atau ada kesan minyak di bahagian tayar,
pemeriksaan awal sangat membantu untuk jimat masa dan kos jangka panjang.
MD AUTO – Toyota & Lexus SpecialistSelayang | Petaling Jaya