|
Peserta Nikmati Pelbagai Jenis Makanan Semasa Acara Larian Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Sha berkongsi suasana semasa menyertai sebuah acara larian di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.
Namun ia bukanlah acara larian biasa, tetapi sambil menjamu selera sepanjang perlumbaan 3 kilometer(KM) dan 5KM, Toppen Run & Food 2025 itu. Menerusi video perkongsian, kelihatan ramai peserta sedang menghurungi gerai makanan (pit stop) yang terletak di sebelah jalan raya. Antara makanan yang tersedia adalah sandwich telur, burger Malaysia, karipap, air sirap dan banyak lagi.
Ia bukan sahaja disertai oleh golongan anak muda tetapi juga kumpulan keluarga bersama kanak-kanak. “Kau rasa? Baru 1KM larian dia hidang benda-benda (makanan) macam ni. Memang lari leha-leha (santai) je la kita. Belum lagi dekat garisan penamat nanti,” kata Sha di ruangan kapsyen.
Lebih 10 Bufet Makanan Menanti Di Garisan PenamatBukan sahaja gerai kecil-kecilan malah ada juga food truck yang boleh membuatkan para peserta hilang fokus untuk berlari. Difahamkan, acara Fun Run Food ini dianjurkan bersempena ulang tahun ke-6 pusat membeli-belah tersebut. Menurut pengendali akaun !important]Facebook Toppen Shopping Centre, terdapat lebih 10 jenis bufet makanan menanti para peserta di garisan penamat sebagai ganjaran.
Peserta Rasa Berbaloi Hanya Perlu Bayar RM25 Untuk PenyertaanDalam satu hantaran lain, seorang peserta turut berkongsi hasil pungutannya selepas melibatkan diri dalam acara perlumbaan itu.
“Nama pun larian dan makanan. Nasib baik bukan lari ‘untuk’ makanan. 1.5KM kuih muih dan kordial. 2.8KM air buah serta buah potong,” kata peserta berkenaan. Memang banyak sungguh makanan yang diterima. Popcorn, minuman manis, nasi lemak, nasi goreng, semuanya ada! Jelas wanita itu, yuran penyertaan sebanyak RM25 amat berbaloi dengan pengalaman dan juadah yang disediakan.
“Masih tercapai 5KM. Cuma kita memang tak kejar pace (kelajuan). Kali ni kejar makanan,” tambahnya.
|