CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Pearly-Thinaah juarai Masters Kumamoto

[Copy link]
Post time 16-11-2025 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Pearly-Thinaah juarai Masters Kumamoto

Oleh Helmi Talkah - November 16, 2025 @ 1:59pm




Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sejarah tersendiri apabila muncul wakil pertama Malaysia menjuarai Masters Kumamoto di Jepun. - Foto NSTP



KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sejarah tersendiri apabila muncul wakil pertama Malaysia menjuarai Masters Kumamoto di Jepun, selain merekodkan gelaran ketiga dalam siri Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi.

Pasangan nombor dua dunia itu mempamerkan kebangkitan luar biasa dalam kedua-dua set untuk menundukkan gandingan tuan rumah yang menghuni ranking ketujuh dunia, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, 22-20, 21-19 pada aksi final di Gimnasium Wilayah Kumamoto.

Kejayaan itu turut mengulangi skrip kemenangan mereka di pentas final Terbuka Artik di Finland, bulan lalu, sekali gus melebarkan rekod cemerlang ke atas pasangan Jepun berkenaan.

Pearly-Thinaah kini mendahului rekod pertemuan dengan 6-2.

Naib juara dunia itu bermula perlahan apabila ketinggalan 0-7 dan 5-11, malah berada di ambang kehilangan set pertama selepas tertinggal 15-20.

Namun, semangat juang tinggi menyaksikan mereka mengutip tujuh mata berturut-turut untuk menoktahkan kemenangan 22-20.

Set kedua pula menyaksikan Iwanaga-Nakanishi sekali lagi memulakan permainan dengan tempo tinggi apabila mendahului 8-3 dan 11-9 sebelum interval.

Namun, Pearly-Thinaah terus menampilkan disiplin permainan kemas untuk menyamakan kedudukan 14-14 sebelum menang 21-19 dalam tempoh 54 minit.

Pearly-Thinaah kini bergelar juara Malaysia pertama dalam kejohanan yang mula diperkenalkan pada tahun 2023, mengatasi pencapaian terbaik negara sebelum ini menerusi perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, yang muncul naib juara tahun lalu.

Kejayaan di Kumamoto menjadi gelaran ketiga mereka dalam Jelajah Dunia BWF setelah menjuarai Terbuka Thailand dan Terbuka Artik.

Selaku juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai AS$37,525 (RM155,071), manakala Iwanaga-Nakanishi meraih AS$18,050 (RM74,591) sebagai naib juara.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/11/1472428/pearly-thinaah-juarai-masters-kumamoto





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.063138 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list