CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 15

‘Jom kita bikin balik Sabah’ - Zahid Hamidi

[Copy link]
Post time 16-11-2025 02:13 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – “Inilah masanya untuk mendampingi rakyat dan mengembalikan mandat demi masa depan Sabah yang lebih stabil, makmur dan sejahtera. Jom, kita bikin balik Sabah”


Demikian seruan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada seluruh jentera parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.


Beliau yang Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera BN perlu menyusun langkah dengan kemas serta memantapkan gerak kerja dan mengeratkan kebersamaan dalam kempen PRN Sabah.


“Hari pertama PRN Sabah, saya turun padang sebagai tanda sokongan kepada semua 45 calon BN yang bertanding.


“Membawa gabungan pengalaman serta 80 peratus wajah baharu yang segar, berwibawa dan bersedia memimpin Sabah ke tahap yang lebih baik,” katanya dalam satu hantaran di media sosial semalam.


PRN Sabah ke-17 membuka gelanggang bermula semalam selepas proses penamaan calon di 25 lokasi bagi merebut 73 kerusi yang dipertandingkan selesai.


Ia mencatat sejarah baharu apabila seramai 596 calon disahkan bertanding, jumlah paling tinggi dalam mana-mana pilihan raya negeri di Sabah setakat ini.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dipetik berkata, calon Bebas paling ramai mengemukakan borang pencalonan melibatkan 74 orang.


Parti Warisan Sabah (Warisan) menampilkan 73 calon, Parti Impian Sabah (72 calon), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 55 calon, Star Sabah (46 calon) dan BN (45 calon)


Perikatan Nasional (PN) menampilkan 42 calon, Parti Kesejahteraan Demoktratik (KDM) 40 calon, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) 25 calon dan Pakatan Harapan (PH) 22 calon.



Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2025 02:22 PM | Show all posts
Selama ini 60 taun korang bikin apa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kali la-Sabahan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabah ni paling la caprut lebuh raya pan borneonya. Hancur lagi jalan tu dah berapa tahun. Belah sarawak dah siap, cantik dan besar jalannya. Calon je banyak tapi tak berguna.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak jahit masih dianggap sebahagian dari team baik tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 12:08 AM | Show all posts
MissVixen replied at 16-11-2025 07:01 PM
Sabah ni paling la caprut lebuh raya pan borneonya. Hancur lagi jalan tu dah berapa tahun. Belah sar ...

Say it loud sista. Negeri paling last aku nk pergi selain Serambi/Ganu...
Mini pendatang..yg kaya tetap menjarah kayo, yg miskin masuk forum




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2025 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Muahahahahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2025 09:50 AM | Show all posts
hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena tanya chicer chezy ni.... Apa pendapat dia
Ehhh berita dah msk hari ke2 takde lak dia bg pendapat. Selalunya ada...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 11:56 AM | Show all posts
ponorogo mari
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 11:59 AM | Show all posts
Sempurnakan Pan-Borneo Bah..Sarawak sudah siap.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bikin hancur kah???
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 01:14 PM | Show all posts
semoga sabah semakin maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 16-11-2025 02:22 PM
Selama ini 60 taun korang bikin apa?

bikin IC.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Vie Shanti tu jalan2 je keje.. Kaya betoi Rahman Dahlan…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5566 Replies : 3459
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191804 Replies : 3947
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 17853 Replies : 2
Kelantan sebenarnya duduk atas jalur emas paling kaya di Malaysia
YgBenarKelantan sebenarnya duduk atas jalur ema
Views : 772 Replies : 23
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 17890 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 14930 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 17851 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.318246 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list