CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 127|Reply: 0

[Tempatan] Ahli Parlimen Bentong harap caj guna Jalan Genting Highlands munasabah, tak bebankan pengguna

[Copy link]
Post time 16-11-2025 10:47 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berharap supaya kadar kutipan Caj Jalan Persendirian ke Jalan Genting Highlands adalah munasabah dan tidak membebankan pengguna.
Ia adalah sebahagian daripada beberapa cadangan dikemukakan kepada Genting Malaysia yang akan mengenakan kadar Caj Jalan Persendirian di laluan masuk ke kawasan Genting dari arah Lebuh Raya Karak dan laluan masuk dari Batang Kali.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata Genting Malaysia juga perlu memastikan mekanisme kutipan bayaran yang cekap dan tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berganda.
Selain itu, Genting Malaysia juga wajar memberikan pengecualian khas atau diskaun Caj Jalan Persendirian sekurang-kurangnya kepada penduduk, pekerja serta mereka yang mempunyai anak bersekolah di Genting Highlands.
Menurutnya, syarikat itu perlu memastikan pantauan dan penyelenggaran berterusan keadaan jalan serta cerun di sepanjang laluan jalan Genting Highlands secara berkala.


"Oleh itu, saya berharap agar semua pihak mendapat penjelasan yang jelas demi keselamatan dan keselesaan pengunjung dan pengguna jalan ke Genting.
"Saya akan berterusan mengadakan perbincangan dengan pihak Genting Malaysia bagi memastikan pelaksanaannya dibuat dengan baik dan tidak menjejaskan penduduk," katanya.
Young Syefura berkata, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, pusat peranginan Genting Highlands merupakan kawasan popular yang akan menerima jumlah pengunjung yang sangat ramai.
"Oleh itu, saya mendukung sebarang usaha dan kerjasama untuk memastikan keadaan jalan serta cerun di tanah tinggi Genting agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat," katanya.
Beliau juga menjelaskan laluan Jalan Genting Highlands sepanjang 24 kilometer itu disahkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) sebagai jalan persendirian dan bukan jalan persekutuan.
Katanya, sejak 1960-an lagi, penyelenggaran jalan, cerun serta kerja-kerja mitigasi bencana sepanjang laluan tersebut telah ditanggung kosnya oleh pihak Genting Malaysia bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.
Menurutnya, pembinaan struktur kutipan Caj Jalan Persendirian yang dibuat bukan dibawah bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia kerana diatas tanah persendirian.
"Walau bagaimanapun, spesifikasi pembinaan dan Kebenaran Merancang (KM) telahpun mendapat kelulusan pihak Majlis Perbandaran Bentong.
"Hasil perbincangan dengan pihak Genting Malaysia, saya memahami keputusan berkenaan kewajaran kutipan Caj Jalan Persendirian," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5566 Replies : 3459
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191804 Replies : 3947
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 17853 Replies : 2
Kelantan sebenarnya duduk atas jalur emas paling kaya di Malaysia
YgBenarKelantan sebenarnya duduk atas jalur ema
Views : 772 Replies : 23
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 17890 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 14930 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 17851 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.067466 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list