CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 365|Reply: 3

[Sukan & Senibela Diri] Zii Jia tarik diri Kumamoto Masters Jepun 2025

[Copy link]
Post time 4-11-2025 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Zii Jia tarik diri Kumamoto Masters Jepun 2025

04 November 2025 05:31pm





Lee Zii Jia






PEMAIN perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia menarik diri daripada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters Jepun 2025 yang dijadualkan berlangsung di Gimnasium Wilayah Kumamoto dari 11 hingga 16 November ini.

Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang turut menyenaraikan beberapa pemain lain yang menarik diri daripada kejohanan bertaraf Super 500 itu, termasuk pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2024 dari Denmark, Viktor Axelsen, rakan senegaranya, Anders Antonsen serta pemain Indonesia, Jonatan Christie dan Anthony Sinisuka Ginting.


Pasukan Zii Jia (Team LZJ) bagaimanapun masih belum mendedahkan sebab utama di sebalik penarikan diri beliau daripada Kumamoto Masters Jepun 2025.

Pada 1 Oktober lepas, Team LZJ menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya menjalani program pemulihan lanjutan bagi menangani masalah sakit belakang yang berterusan.


Sehubungan itu, juara All England 2021 berkenaan terlepas tiga kejohanan di Eropah baru-baru ini iaitu Terbuka Denmark, Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo.

Zii Jia kali terakhir beraksi pada Masters China 2025 pada September lepas, apabila beliau terpaksa menarik diri pada set penentuan dalam pusingan pertama menentang pemain Taiwan Lin Chun-Yi ketika ketinggalan 6-14.

Pemain kelahiran Kedah itu sebelum itu memenangi set pertama 21-17 sebelum tewas tipis 21-23 pada set kedua. - bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/755343/berita/sukan/zii-jia-tarik-diri-kumamoto-masters-jepun-2025


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2025 02:53 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 6-11-2025 09:12 PM

tq @Vellfire
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 07:48 PM | Show all posts

Vell kot , hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2025 09:12 PM | Show all posts

eh silap. sorry.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.051789 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list