CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 786|Reply: 12

[Lain-Lain] MALAM TERLARANG Zul Ariffin, Sofia Jane, Sabri Yunus

[Copy link]
Post time 2-11-2025 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua forumers

Aku cari thread filem ni takde lagi maka Aku buka thread. Korang dah tengok ke?
Btw ni aku dah tahu spoiler filem ni sebelum tengok semalam, even dah tahu
Siapa pelaku Dan sebab, movie ni masih best untuk ditonton.

Sebab nak tengok cite ni adalah kerana nak tahu misteri, ada Sofia Jane.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2025 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum, tapi teringin nak tgk.. Hatap x mcm telaga suriram ram ram laaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Movie ni best. Ada story line. Gambar cantik. Banyak juga jump scared. Semua pelakon pandai bawa watak masing2.
Rating 8.5/10.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2025 03:40 PM | Show all posts
Perawankota replied at 2-11-2025 03:57 PM
Belum, tapi teringin nak tgk.. Hatap x mcm telaga suriram ram ram laaa

kenapa dgn Telaga Suriram..? tp filem ni menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2025 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
forselab replied at 5-11-2025 03:40 PM
kenapa dgn Telaga Suriram..? tp filem ni menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik..



Mcmana boleh masuk frame? Kelakar tul movie ni. Yang menang tu mmglah layak sebabtu rela berkemban wlupon rasanya x perlu pon nak pakai mcmtu..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 11:24 AM | Show all posts
Edited by amandel at 6-11-2025 11:45 AM

Iols rasa Astro memang nampak macam betul-betul nak tingkatkan kualiti filem tempatan... Produksi filem Malam Terlarang nampak best, sedap mata memandang filem ni… Banyak memasukkan unsur budaya juga, baik dari pakaian , kostum, citer dan perwatakan…

Lakonan semua pelakon dekat filem Malam Terlarang nampak mantap, terutama Zul Arifin... Iols rasa Zul ni memang ada karisma yang kuat di layar kaca... Deols pandai sesuaikan diri dengan watak dan mood cerita... Disokong juga dengan kostum dan makeup setiap karakter yang sangat sesuai, deols boleh bawa macam-macam genre, sama ada drama,komedi, atau aksi...

Dekat filem aksi Sheriff: Narko Integriti, Zul berjaya bawa watak yang maskulin dan berkarisma... teringat juga salah satu dialog dia,"Akulah polis yang tangkap polis," memang ikonik!... Iols juga teringat kat Zul dalam filem Don Dukun, di mana dia tunjukkan sisi lawak deols dengan sangat natural... Lakonan deols tak rasa dibuat-buat langsung... Iols masih ingat gelak deols masa deols cakap "Aku ingat raksasa panjat dinding rumah, ahahaha…" sangat natural…

Dekat filem Malam Terlarang, Zul boleh bawa watak Omar yang lagi serius dan matang... Deols berjaya tunjukkan watak yang penuh dengan konflik dalaman, dengan cara yang sangat autentik... Babak deols menangis dalam filem ni pun memang menyentuh hati juga... Iols juga suka kaler kulit dan rambut deols dekat filem ni… Makeup deols membuat deols nampak tua alami, tak kayu macam prostetik… Iols rasa suara Zul ade kemiripan dengan Frank Sinatra…Tersadar masa dengar suara deols bercakap diatas mimbar dekat filem ni… Suara deols memang berat, dalam dan serak-serak basah… Iols cuba putar lagu “My Way” dari Frank Sinatra dan Iols boleh dengar suara Zul dekat sana… Ade video Zul dekat yt menyanyi Can’t Help Falling in Love dekat drama M.A.I.D, not bad jugak…

Rasanya filem Malam Terlarang diproduksi bersamaan dengan filem Blood Brothers, sebab banyak pelakon yang sama dalam Sheriff berlakon juga dekat Blood Brothers, kecuali Zul Arifin...

Skrip citer Malam Terlarang ditulis oleh Hazo Mahayuddin,Nazifdin Nasrudin, dan Haris M. Nor... Hazo Mahayuddin ni head writer dekat filem Malam Terlarang… Syabas untuk semua penulis skrip Malam Terlarang… Iols tak tahu proses penulisan skrip filem ni macam mana, tapi Iols tertarik juga dengan penulis Nazifdin Nasrudin… Beberapa citer deols belakangan ditulis memang best,macam filem Soloz, Sheriff, dan Reversi...
Iols rasa citer Malam Terlarang adalah filem seram yang baik, bukan hanya menghibur, tetapi juga sebuah karya yang mengajak penonton untuk merenung lebih dalam tentang nilai-nilai kehidupan dan agama… Ade nilai moral penting pasal tauhid yang boleh kena ambik, yaitu kita tidak sepatutnya menyekutukan Tuhan dengan apapun…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2025 11:36 AM | Show all posts
Tempat penggambilan gambar filem Telaga Suriram cantik... Macam ada gambar bukit Keteri dan tasik Timah Tasoh... If Iols tak silap filem Imaginur juga ambik gambar disini juga...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 09:02 AM | Show all posts
kuyusss zul dalam citer nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2025 06:44 PM | Show all posts

Zul arifin dekat filem Malam Terlarang memang nampak lagi kecik berbanding filem-filem sebelumnya, tetapi Iols rasa itu bukan kurus, ayat “toned” (padat/kencang) lagi sesuai, sebab otot nampak tak berubah, tetapi kadar lemak dalam tubuhnya berkurang...

Btw, Iols sempat terfikir sama ada nama Zul (yang bunyinya seperti Zol) Arifin menjadi asal usul nama Zola dalam animasi Papa Zola... So Iols terfikir Zola ni short form dari Zol Arifin ahahaha... Tetapi setelah Iols cari tahu, Iols rasa bukan ahahaha... Mungkin nama Zola memang bukan short form macam nama Pipi Zola (Putri Intan Payung Indah Zulaikha Odelia Ladasyia Absyari)... Nama budak ni panjang sangat ahahaha…

Bercakap sedikit tentang filem Papa Zola, Iols rasa filem ini menarik kerana cuba nak angkat citer kehidupan Papa Zola sebagai seorang ayah... Watak bapak memang jarang diangkat menjadi watak utama sebuah cetita... Seringkali dalam dunia nyatapun, peranan dan sumbangan seorang ayah terhadap keluarga kurang diperhatikan dan dihargai, mereka menjadi “silent warrior” yang kadangkala tidak menerima pengiktirafan yang sesuai... So, memang citer dan tema filem ni Iols rasa menarik...

Filem Papa Zola: Game On menceritakan tentang Papa Zola, seorang ayah yang bekerja keras dengan niat memberikan hadiah istimewa berupa percutian untuk keluarganya, dengan Mama Zila dan Pipi Zola... Papa Zola mula menabung sedikit demi sedikit untuk membiayai perjalanan keluarga... Tanpa diduga, beliau bertemu kembali dengan seorang rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam sebuah organisasi rahsia bernama PAPA (Protect And Prevent Agency)... Namun, apabila Pipi Zola tiba-tiba diculik oleh makhluk asing, Papa Zola dan Mama Zila terpaksa bertindak pantas untuk menyelamatkan putri mereka dan melindungi dunia daripada ancaman alien...

Iols rasa filem ini sesuai untuk quality time bersama family... Mungkin orang tua akan relate dengan watak Papa Zola dan Mama Zila... Semetara budak budak juga boleh terhibur dengan animasi dan citer fantasy yang gempak... Iols rasa filem ini juga sesuai jika Weols nak ajarkan pasal rasa syukur (gratitude) kepada budak budak atas apa yang diberikan dan diupayakan oleh orang tua...


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2025 07:21 PM | Show all posts
Lagi dalam, menggunakan filem sebagai media pembelajaran dalam konteks pengorbanan ibu bapa untuk anak-anak dapat menjadi cara yang efektif untuk menggambarkan pentingnya rasa syukur (gratitude) dalam hubungan keluarga... Dari perspektif psikologi, ini boleh dilihat sebagai usaha untuk menanamkan nilai-nilai empati (empathy) dan perspektif orang lain (perspective-taking) pada anak, yang seterusnya dapat mengukuhkan ikatan emosi antara ibu bapa dan anak...

Dalam hal ni, pengorbanan ibu bapa bukanlah untuk menjadikan hubungan sebagai satu bentuk timbal balik yang berlandaskan 'balas budi', tetapi lebih kepada mengajarkan budak / anak untuk menghargai dan bersyukur atas segala pengorbanan yang diberikan oleh ibu bapa... Menonton filem yang menggambarkan perjuangan ibu bapa dalam membesarkan dan membahagiakan anak dapat menjadi cara yang untuk membantu anak memahami bahawa setiap hubungan memerlukan usaha dan komitmen bersama... Mungkin benda ni akan susah diperbincangkan dalam kehidupan sehari-hari, So Iols rasa filem ini memberikan kesempatan yang tepat untuk membincangkan benda semacam ni... Melalui filem ni, Weols juga boleh mengajar anak bahawa sokongan serta pengorbanan yang diberikan oleh ibu bapa bukanlah sesuatu yang wajar dianggap remeh atau diterima begitu sahaja, tetapi seharusnya dihargai dengan rasa syukur dan penghormatan...

Konsep keibubapaan dekat filem ni juga boleh mengajarkan pentingnya membina ketahanan (resilience) pada anak... Pengorbanan ibu bapa yang ditunjukkan melalui filem ini boleh menjadi contoh konkrit bagaimana anak diajak untuk belajar menghadapi cabaran hidup, sambil menyedari bahawa setiap tindakan positif dalam hidup memerlukan usaha dan kesabaran... Iols rasa benda ni boleh disampaikan dengan bahasa yang lagi sederhana kepada anak, mungkin anak tak sepenuhnya paham sekarang... Tapi sikit sikit anak memang harus kena ajar pasal menghargai dan rasa syukur dari sebuah filem yang juga sangat menghibur...

Ade peribahasa yang Iols suka mengenai rasa syukur "It's not happiness that brings us gratitude, it's gratitude that brings us happiness"...




Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2025 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tgk.. tazangka plot twist..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 05:35 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 28-12-2025 08:36 AM
Dah tgk.. tazangka plot twist..

Filem ni meletop dekat pawagam dengan kutipan dah melebih RM 55 juta...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2026 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
amandel replied at 9-1-2026 05:35 PM
Filem ni meletop dekat pawagam dengan kutipan dah melebih RM 55 juta...

Sbb menarik citernya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.228229 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list