CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 262|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Norris sambar petak utama GP Mexico di depan Ferrari

[Copy link]
Post time 26-10-2025 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Norris sambar petak utama GP Mexico di depan Ferrari



Oktober 26, 2025 @ 7:46am




Pemandu McLaren, Lando Norris (tengah) bersama dua pemandu Ferrari, Charles Leclerc (kiri) dan Lewis Hamilton selepas sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu Mexico di Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City. – Foto REUTERS



MEXICO CITY: Lando Norris menghidupkan semula cabaran kejuaraan dunia apabila mencatat pusingan menakjubkan untuk meraih petak utama Grand Prix Mexico awal pagi tadi, sekali gus mengatasi Charles Leclerc dan Lewis Hamilton.

Pemandu McLaren itu mencatat masa terpantas satu minit 15.586 saat - 0.262s di depan Leclerc - manakala juara dunia tujuh kali, Hamilton ketinggalan tiga per sepuluh saat di tempat ketiga.

Rakan sepasukan Norris yang juga pendahulu kejuaraan, Oscar Piastri sekadar menamatkan sesi kelayakan di tempat kelapan selepas persembahan hambar, tiga anak tangga di belakang juara empat kali dari Red Bull, Max Verstappen, yang kini menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan defisit 40 mata.

George Russell (Mercedes) menempah petak keempat diikuti Verstappen, pemandu remaja sensasi Mercedes, Kimi Antonelli, Carlos Sainz (Williams) dan Piastri.

Sainz bagaimanapun berdepan penalti lima petak di petak permulaan.

Pendatang baharu Racing Bulls, Isack Hadjar menempah petak kesembilan manakala Oliver Bearman dari Haas melengkapkan 10 terbaik.

Kejayaan itu menandakan petak utama pertama Norris di Mexico, yang juga kali kelima musim ini dan ke-14 sepanjang kariernya serta petak utama pertama McLaren di bumi Mexico sejak 1990.

"Saya gembira dapat kembali bermula dari petak utama, sudah lama menunggu saat ini," kata Norris yang kali terakhir bermula di depan pada Grand Prix Belgium, Julai lalu.

"Pusingan itu saya sendiri tidak pasti bagaimana ia berlaku. Ia terasa baik, tetapi bila saya nampak catatan 15.5, saya pun terkejut.

"Saya pernah ada perlumbaan hebat di sini sebelum ini, jadi saya hanya akan fokus kepada perkara yang boleh saya kawal.

"Saya datang ke sini untuk menang," tegasnya. "Ada pemandu pantas di belakang saya, jadi saya tahu ia tidak akan mudah."

Leclerc pula mengakui sesi kelayakan kali ini cukup mencabar.

"Cengkaman amat rendah, jadi sukar untuk kawal kereta. Tetapi saya gembira dengan hasil kerja hari ini," katanya.

Hamilton yang meraih petak ketiga pertamanya sejak menyertai Ferrari pula tersenyum puas.

"Saya amat gembira. Ia satu penghormatan untuk berada bersama dua pemandu hebat ini yang begitu pantas sepanjang musim dan ini tiga terbaik pertama saya tahun ini!" – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/10/1463392/norris-sambar-petak-utama-gp-mexico-di-depan-ferrari







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.064349 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list