CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 491|Reply: 3

[Lain-Lain] TEE YAI: BORN TO BE BAD (BRONT PALARAE)

[Copy link]
Post time 25-10-2025 08:24 PM | Show all posts |Read mode




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2025 08:36 PM | Show all posts
Netflix sekali lagi membawakan sebuah filem aksi Thailand yang sarat dengan adrenalin dan elemen nostalgia, bertajuk Tee Yai: Born to Be Bad (2025)... Berlatar di Bangkok pada era 1980-an, Tee Yai: Born to Be Bad mengisahkan tentang dua sahabat karib yang juga merupakan perompak paling terkenal di Thailand, iaitu Tee dan Rerk... Mereka dikenali kerana cara perancangan rompakan yang bijak dan penuh taktik, sehingga sering menyukarkan pihak polis untuk menjejaki mereka... Namun, kehidupan mereka mula berubah apabila Rerk jatuh cinta dan berhasrat untuk meninggalkan dunia jenayah... Dari situlah, persahabatan mereka diuji di tengah tekanan daripada pihak berkuasa dan bahaya pengkhianatan...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2025 08:37 PM | Show all posts
Filem ini dijadualkan untuk tayangan perdana pada 13 November 2025, diarahkan oleh Nonzee Nimibutr, salah seorang pengarah legenda Thailand... Dibintangi oleh Apo Nattawin Wattanagitiphat, Wisarut Himmarat, Akarin Akaranitimaytharatt, Supassara Thanachat, Cris Horwang dan Bront Palarae... Filem ini menawarkan gabungan antara persahabatan, cinta, dan pengkhianatan dalam suasana yang penuh ketegangan...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2025 08:54 PM | Show all posts
Sebelunye dah ade Filem “Tee Yai Jom Kamungweth” (2011) ialah sebuah filem aksi Thailand juga yang diarahkan oleh Yuenyong Kongkaphan... Filem ini mengisahkan seorang pembunuh upahan bernama Tee Yai, yang dipercayai dilindungi oleh kuasa sihir hitam yang diperolehnya daripada seorang sami... Dia menjadi legenda kerana tidak pernah kalah dalam pertempuran, sehingga ditakuti oleh pihak polis dan kumpulan jenayah lain... Namun, apabila dia diburu oleh pihak berkuasa dan dituduh melakukan kejahatan yang sebenarnya bukan perbuatannya, dia terpaksa melawan demi membersihkan namanya...

Iols tak tahu filem Tee Yai: Born to Be Bad ni sekuel, prekuel atau remake dari filem pertama... Hanye ade video trailer filem, takde teaser dan video lain dekat youtube... Filem ni macam best dan gempak, boleh tengok filem Tee Yai: Born to Be Bad 13 Nov depan...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.765104 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list