CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Hakim Danish catat masa ke-11 terpantas

[Copy link]
Post time 25-10-2025 01:33 AM | Show all posts |Read mode
Hakim Danish catat masa ke-11 terpantas

Oleh Khairil S Iswan - Oktober 24, 2025 @ 4:24pm




Pelumba AEON Credit SIC Racing MSI, Hakim Danish (kanan) dan pelumba pasukan Red Bull KTM Ajo, Alvaro Carpe melakukan wheelie pada sesi latihan kelas Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. - Foto BERNAMA



SEPANG: Pelumba wildcard Moto3 negara, Hakim Danish Ramli membuktikan keupayaannya bersaing di pentas dunia apabila layak secara automatik ke sesi Kelayakan 2 (Q2) selepas mencatat masa ke-11 terpantas dalam sesi Latihan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Beraksi bersama pasukan AEON Credit SIC Racing MSI, pelumba berusia 18 tahun itu mencatat masa 2 minit 11.820 saat (s), hanya 0.668s di belakang pelumba Red Bull KTM Ajo, Jose Antonio Rueda yang muncul pelumba terpantas dengan catatan 2:11.152s.



Pelumba pasukan AEON Credit SIC Racing Team MSI, Hakim Danish beraksi ketika sesi latihan kelas Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Rakan sepasukan Rueda, Alvaro Carpe melakukan catatan kedua terpantas manakala juara Red Bull Rookies Cup musim ini yang juga pesaing Hakim Danish, Brian Uriarte mencatatkan masa ketiga terpantas.

Hakim turut menunjukkan prestasi memberangsangkan pada sesi latihan pertama pagi tadi apabila melakukan catatan masa kelapan terpantas dengan 2:11.317s, sekali gus mengekalkan momentum positif menjelang sesi kelayakan esok.

"Saya sendiri tak jangka dapat keputusan seperti ini. Setiap pusingan, setiap sesi saya hanya fokus dan terus berusaha untuk kekal berada di kedudukan paling terbaik," katanya selepas sesi latihan.

Mengulas persiapan menghadapi Q2, Hakim berkata dia akan berusaha memperbaiki catatan masa bagi memastikan kedudukan terbaik di grid perlumbaan.



Pelumba AEON Credit SIC Racing MSI, Hakim Danish, (depan) beraksi pada sesi latihan kelas Moto3 di Litar Antarabangpsa Sepang (SIC) hari ini. - Foto BERNAMA



"Untuk Q2 esok, saya perlu perbaiki catatan masa untuk berada di kedudukan paling terbaik pada perlumbaan supaya senang untuk saya berada di depan. Saya tak ada sebarang sasaran spesifik. Apapun bergantung kepada sesi kelayakan esok," katanya.

Mengulas persaingan dengan Brian Uriarte, Hakim Danish tidak menyembunyikan keterujaannya dapat bertemu semula dengan pelumba Sepanyol itu di atas litar.

"Saya memang selalu bersaing dengan dia di Red Bull Rookies Cup serta JuniorGP. Saya akan cuba perbaiki cara tunggangan saya untuk terus bersaing dengannya," katanya.

Uriarte yang menggantikan David Munoz dalam pasukan LIQUI MOLY Dynavolt Intact GP, tampil buat kali kedua di Kejuaraan Dunia selepas penampilan sulungnya di GP Australia minggu lalu, di mana dia menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/10/1462816/hakim-danish-catat-masa-ke-11-terpantas






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.050089 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list