CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Azroy enggan buang peluang di Sepang

[Copy link]
Post time 24-10-2025 08:42 PM | Show all posts |Read mode
AZROY menjalani sesi latihan bebas pertama Moto2 di Sepang hari ini menjelang GP Malaysia pada Ahad nanti - FARIZ RUSADIO





Azroy enggan buang peluang di Sepang



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 24 Oktober 2025, 5:00 pm








SEPANG – Pengalaman beraksi Grand Prix (GP) buat kali ketiga menerusi tiket wildcard langsung tidak menggentarkan Azroy Hakeem Anuar, sebaliknya meningkatkan keyakinannya untuk tampil lebih cemerlang pada GP Malaysia 2025 hujung minggu ini.

Pelumba Petronas MIE Racing RW itu bertekad untuk menterjemahkan peluang wildcard yang diberikan dengan keputusan lebih baik berbanding dua penampilan terdahulu pada edisi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kali ini.

Menurut Azroy, perubahan utama tahun ini daripada tayar Dunlop kepada Pirelli merupakan perbezaan besar yang diharap mampu memberinya kelebihan bersaing lebih rapat dengan pelumba handalan dunia.

“Ini kali ketiga saya dapat tiket wildcard, tetapi kali ini cukup berbeza. Pada 2023, saya guna tayar Dunlop dan tahun ini kami beralih kepada Pirelli. Ini sesuatu yang baharu untuk saya.

“Pelumba-pelumba MotoGP kata tayar Pirelli jauh lebih baik, jadi saya tak sabar nak uji dan rasai sendiri kelebihan tayar ini. Saya harap catatan masa dapat lebih rapat dengan pelumba di barisan hadapan,” katanya.

Walaupun tidak berpeluang menjalani sesi ujian lebih awal, Azroy tetap berjanji memberikan komitmen 100 peratus dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan oleh Petronas dan Honda.

“Sebagai pelumba, kami akan berikan segalanya di litar. Saya harap perlumbaan kali ini akan menjadi lebih baik berbanding sebelum ini,” jelasnya.

Dalam masa sama, Azroy mengakui lebih gemar beraksi dalam keadaan litar kering untuk menguji keupayaan diri, namun percaya hujan mampu menjadi ‘tuah’ dan membuka peluang mencatat keputusan terbaik di Sepang.

“Kalau nak keputusan yang cantik, memang kami harapkan hujan. Dalam keadaan hujan, kami ada peluang untuk berada dalam kelompok 15 atau 20 terbaik. Kami tetap bersedia, tapi kalau mahu keputusan istimewa, hujanlah jawapannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/10/24/azroy-enggan-buang-peluang-di-sepang/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.230528 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list