CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 374|Reply: 0

AS beri amaran jangan teruskan pelan rampasan Tebing Bara

[Copy link]
Post time 24-10-2025 09:39 AM | Show all posts |Read mode


Gambar yang dirakam dari udara menunjukkan penduduk Palestin mengebumikan 54 jenazah yang tidak dapat dikenal pasti di tanah perkuburan di di Deir el-Balah di tengah Gaza pada Rabu. - Gambar AFP

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio pada Rabu memberi amaran kepada rejim Israel agar tidak meneruskan pelan rampasan Tebing Barat kerana tindakan parlimen dan keganasan peneroka haram mengancam perjanjian damai Gaza.

Para penggubal undang-undang Israel pada Rabu mengundi untuk melanjutkan dua draf mengenai perampasan Tebing Barat yang dijajah, tidak sampai seminggu selepas Presiden AS Donald Trump merundingkan perjanjian yang bermatlamat mengakhiri dua tahun keganasan Israel di Semenanjung Gaza.

"Saya percaya Presiden telah menjelaskan perkara tersebut bukanlah sesuatu yang kami boleh sokong sekarang," kata Rubio mengenai perampasan itu menjelang lawatannya ke Tel Aviv.

Langkah perampasan mengancam perjanjian damai, katanya kepada wartawan.

Ditanya mengenai peningkatan keganasan oleh peneroka haram Yahudi ke atas penduduk asal Tebing Barat, Rubio berkata: "Kami bimbang terhadap apa sahaja yang mengancam untuk menggugat kestabilan perkara yang telah kita tangani."

Sejumlah negara-negara Islam dan Arab telah memberi amaran bahawa perampasan Tebing Barat yang diperintah Pihak Berkuasa Palestin, adalah perkara yang sama sekali tidak boleh disentuh.

Sementara itu, rejim Israel telah memulangkan 30 mayat rakyat Palestin ke Gaza pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan yang diserahkan di bawah perjanjian gencatan senjata kepada 195 orang, menurut kementerian kesihatan di wilayah terkepung itu.

Di bawah perjanjian yang dirundingkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Israel bersetuju untuk memulangkan 15 mayat rakyat Palestin bagi setiap mayat atau rangka 'warga' Israel.

Tentera Israel pada Rabu mengesahkan dua lagi mayat tebusan yang dipulangkan dari Gaza sehari sebelumnya telah dikenal pasti sebagai Aryeh Zalmanovich dan Sarjan Mejar Tamir Adar.

Sejak 10 Oktober, sebanyak 15 mayat tebusan telah dipulangkan, daripada 28 yang dijanjikan Hamas di bawah perjanjian tersebut.

Kementerian kesihatan Gaza menyatakan bahawa 57 daripada mayat rakyat Palestin yang dipulangkan telah dikenal pasti oleh keluarga masing-masing, manakala 54 mayat yang tidak dikenali telah dikebumikan pada Rabu.

Agensi pertahanan awam Gaza memaklumkan perarakan pengebumian bermula di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Yunis ke tanah perkuburan di Deir el-Balah di tengah Gaza.

Rakaman AFP dari Hospital Nasser menunjukkan puluhan mayat dalam beg putih disusun di atas lantai, sementara para petugas penyelamat berdiri dalam barisan untuk menunaikan solat jenazah.

Umm Hassan Hammad berkata, beliau masih belum dapat mengenal pasti mayat anak lelakinya yang hilang sejak 7 Oktober 2023.

“Setiap hari saya datang ke sini, mungkin saya mengenalinya melalui pakaiannya atau seluar yang dipakainya sejak 7 Oktober,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58281 Replies : 1099
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 3172 Replies : 1
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 7270 Replies : 3
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43995 Replies : 588
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21107 Replies : 12
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22301 Replies : 4
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 30619 Replies : 132
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 3939 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366758 Replies : 3563
Tok Arab Dubai seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai seks ganas
Views : 26958 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.254384 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list