CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Liverpool akhiri badi kekalahan dengan pesta gol

[Copy link]
Post time 23-10-2025 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Liverpool akhiri badi kekalahan dengan pesta gol

Oktober 23, 2025 @ 6:13am




Pemain Liverpool, Dominik Szoboszlai meraikan gol kelima pasukannya berdepan Eintracht Frankfurt pada aksi Liga Juara-Juara UEFA di Deutsche Bank Park, Frankfurt. Liverpool menang 5-1. – Foto REUTERS



FRANKFURT, Jerman: Liverpool menamatkan badi empat kekalahan berturut-turut dengan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Eintracht Frankfurt pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi menyaksikan Hugo Ekitike meledak gol menentang bekas kelabnya.

Selepas Ekitike menyamakan kedudukan buat Liverpool, Virgil van Dijk, Ibrahima Konate, Cody Gakpo dan Dominik Szoboszlai turut menyumbat gol dengan dua jaringan terakhir berpunca daripada umpanan Florian Wirtz yang tampil semula di tanah airnya.

Liverpool turun dengan tekanan besar selepas menghampiri rekod buruk 73 tahun lalu, ketika mereka pernah tewas lima perlawanan berturut-turut pada musim 1953-54 yang menyaksikan mereka tersingkir daripada divisyen utama.

Pengendali Arne Slot merehatkan Mohamed Salah yang merudum prestasi dan kelab England itu dikejutkan lebih awal apabila Rasmus Kristensen membuka jaringan buat Frankfurt menerusi serangan balas pantas, kali kelima berturut-turut Liverpool ketinggalan.

Namun The Reds pantas bangkit, menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit untuk mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.

Wirtz, yang belum mencatat sebarang gol atau umpanan sejak tiba di Anfield dengan harga tinggi, akhirnya menyerlah apabila mencipta dua bantuan jaringan buat Gakpo dan Szoboszlai pada babak kedua untuk mengesahkan kemenangan besar itu.

Ketika Wirtz menamatkan kemarau sumbangan golnya, Alexander Isak sekali lagi gagal menyerlah dan digantikan oleh Federico Chiesa sejurus selepas rehat.

Kemenangan ini menyuntik semangat baharu buat skuad Slot, namun mereka akan berdepan ujian lebih sukar berbanding Frankfurt yang kini melepaskan 23 gol dalam enam perlawanan terakhir.

Pada minit ke-26, Nathaniel Brown merampas bola daripada Wirtz sebelum Frankfurt melancarkan serangan pantas, dengan Mario Goetze menemui Kristensen yang memperdaya pertahanan sebelum meledak jaringan pembukaan.

Frankfurt hampir menambah gol pada minit ke-35, namun Andy Robertson memenangi bola dan melancarkan hantaran jauh tepat kepada Ekitike yang pantas meluru ke gawang lalu menyepak melepasi Michael Zetterer sebelum mengangkat tangan memohon maaf kepada penyokong tuan rumah.

Gol itu hadir ketika Frankfurt sedang menguasai permainan, tetapi ia membangkitkan semangat Liverpool.

Empat minit kemudian, Van Dijk menanduk masuk hantaran sudut Gakpo untuk meletakkan pelawat di depan, sebelum Konate mengulangi aksi sama seminit sebelum rehat untuk menambah jaringan ketiga.

Wirtz yang tampak gugup pada babak pertama kembali yakin apabila Liverpool menguasai permainan dan pemain tengah Jerman itu menjadi arkitek dua gol pantas Gakpo serta Szoboszlai dalam tempoh empat minit bagi memastikan kemenangan besar di Frankfurt. – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/10/1462126/liverpool-akhiri-badi-kekalahan-dengan-pesta-gol







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.063412 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list