Tang Jie– Ee Wei lulus gelora Po-Hsuan-Ling Fang di Perancis
ZURAIMEE ZAINAL
22 Oktober 2025 09:15pm

Ee Wei (kiri) - Tang Jie mara ke Pusingan Kedua Terbuka Perancis Super 750 pada Rabu. Foto BAM
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Perancis Super 750 selepas menundukkan pasangan Yang Po-Hsuan–Hu Ling Fang dari Taiwan di Glaz Arena, Cesson-Sévigné, pada Rabu.
Tang Jie–Ee Wei yang turun selaku juara dunia dan pasangan nombor satu negara, bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menamatkan aksi dengan kemenangan 16–21, 21–16, 21–12 dalam tempoh 47 minit.
Walaupun tewas set pembukaan, gandingan ranking ketiga dunia itu bangkit dengan permainan lebih tersusun dan agresif, memperkemas corak serangan sambil mengekalkan ketenangan pada saat-saat genting untuk memastikan kemenangan.
Keberkesanan taktikal dan ketahanan mental menjadi kunci kejayaan mereka, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah 2–0 ke atas Po-Hsuan-Ling Fang dalam pertemuan setakat ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/753608/berita/sukan/tang-jiendash-ee-wei-lulus-gelora-po-hsuan-ling-fang-di-perancis
|