CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Maghribi rangkul Piala Dunia B-20 pertama selepas tundukkan Argentina

[Copy link]
Post time 20-10-2025 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Maghribi rangkul Piala Dunia B-20 pertama selepas tundukkan Argentina

20 Oktober 2025 06:18pm





Pemain pasukan Maghribi meraikan kemenangan bersama trofi selepas memenangi perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Bawah 20 Tahun menentang Argentina di Stadium Nasional, Santiago. Foto AFP






PASUKAN bawah 20 tahun (B-20) Maghribi menjuarai Piala Dunia B-20 FIFA buat julung kalinya pada Ahad selepas menewaskan Argentina selaku juara terbanyak kejohanan itu 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Chile, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Yassir Zabiri meletakkan skuad Atlas Cubs di depan pada minit ke-12 menerusi sepakan percuma sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-29 melalui sepakan voli.


Argentina cuba bangkit tetapi dinafikan oleh pertahanan Maghribi yang lebih berdisiplin serta aksi cemerlang penjaga gol Ibrahim Gomis yang menyelamatkan percubaan berbahaya lawan pada minit ke-83.

Skuad kendalian Mohamed Ouahbi itu kekal lebih tersusun dan mengawal permainan sehingga wisel penamat untuk memastikan kemenangan bersejarah tersebut.

Maghribi mara ke final selepas menewaskan Sepanyol, Brazil, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Perancis. Kemenangan itu menjadi satu lagi pencapaian besar dalam tahun gemilang bola sepak Maghribi. Bernama-Anadolu

https://www.sinarharian.com.my/article/753300/berita/sukan/maghribi-rangkul-piala-dunia-b-20-pertama-selepas-tundukkan-argentina


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039088 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list