CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 384|Reply: 0

Bekalan bantuan mencukupi untuk dibawa masuk ke Gaza: UNRWA

[Copy link]
Post time 11-10-2025 05:59 PM | Show all posts |Read mode


GENEVA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat mengesahkan bahawa ia mempunyai bekalan mencukupi yang disimpan di Jordan dan Mesir bagi mengisi 6,000 buah trak, sedia dihantar ke Semenanjung Gaza sebaik sahaja akses diberikan.

Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), Pengarah Komunikasi UNRWA Juliette Touma berkata “agensi itu mempunyai bekalan mencukupi di Jordan dan Mesir untuk mengisi 6,000 trak yang bersedia memasuki Gaza, namun tiada sebarang kemajuan dicapai untuk merealisasikannya.”

Touma menyeru pihak berkuasa membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk UNRWA melaksanakan misi kemanusiaannya, sambil menegaskan bahawa adalah “amat sukar, malah mustahil, membayangkan tindak balas kemanusiaan yang mencukupi di Gaza tanpa peranan UNRWA.”

Beliau menekankan peranan penting agensi itu dalam menyambung semula pendidikan bagi 660,000 kanak-kanak yang tidak bersekolah hampir dua tahun, separuh daripadanya merupakan pelajar UNRWA sebelum perang Israel di Gaza bermula pada 7 Oktober 2023.

Touma turut menegaskan bahawa pendidikan amat penting bukan sahaja untuk membantu kanak-kanak mengatasi trauma dan kembali “menikmati sisa-sisa zaman kanak-kanak mereka,” tetapi juga bagi membekalkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk membina semula masyarakat.

“Apabila keamanan kembali ke wilayah Gaza yang dilanda perang, kanak-kanak ini akan menjadi tonggak utama dalam membina semula masa depan Gaza,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa UNRWA kekal sebagai pertubuhan kemanusiaan terbesar yang beroperasi di Gaza dengan kira-kira 12,000 kakitangan dipercayai oleh komuniti tempatan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58281 Replies : 1099
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 3172 Replies : 1
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 7270 Replies : 3
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43995 Replies : 588
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21107 Replies : 12
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22301 Replies : 4
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 30619 Replies : 132
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 3939 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366758 Replies : 3563
Tok Arab Dubai seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai seks ganas
Views : 26958 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.031841 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list