CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 243|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Arsenal didenda £500,000 akibat langgar peraturan tiket aksi Piala FA

[Copy link]
Post time 10-10-2025 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Arsenal didenda £500,000 akibat langgar peraturan tiket aksi Piala FA

Reuters




DALAM perlawanan berkenaan Arsenal tumpas menerusi penentuan penalti. FOTO Reuters



London: Arsenal dikenakan denda tertangguh sebanyak £500,000 (RM3.9 juta) selepas didapati melanggar peraturan penjualan tiket ketika aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Manchester United di Stadium Emirates, Januari lalu.

Persatuan Bolasepak England (FA) dalam kenyataannya semalam memaklumkan kelab itu gagal menyediakan peruntukan penuh 9,000 tiket untuk penyokong pelawat seperti yang ditetapkan dalam peraturan pertandingan.

Sebaliknya, laporan media Britain menyebut Arsenal hanya memberikan 8,000 tiket kepada penyokong United atas alasan keselamatan di stadium.

"Denda ini ditangguhkan sementara menunggu pengesahan Arsenal FC bahawa kelab mampu mematuhi keperluan ini bagi pusingan ketiga Piala FA musim 2025-26 serta sebarang peringkat seterusnya," jelas FA dalam kenyataan itu.

Dalam perlawanan berkenaan pada 12 Januari lalu, Arsenal dan Manchester United terikat 1-1 sebelum skuad The Gunners tewas menerusi penentuan sepakan penalti.



Disiarkan pada: Oktober 10, 2025 @ 11:05pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2025/10/1274147/arsenal-didenda-%C2%A3500000-akibat-langgar-peraturan-tiket-aksi-piala




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.038365 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list