CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 218|Reply: 1

[Sukan Bermotor] Marquez kemalangan, Aldeguer juara GP Indonesia

[Copy link]
Post time 5-10-2025 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Marquez kemalangan, Aldeguer juara GP Indonesia

Oktober 5, 2025 @ 5:53pm




Aldeguer meraikan kejayaannya menjuarai perlumbaan GP Indonesia, hari ini. Foto REUTERS



LOMBOK: Juara dunia, Marc Marquez dan pelumba petak utama, Marco Bezzecchi, terbabas dalam kemalangan berkelajuan tinggi pada pusingan pertama sekali gus membuka laluan kepada pendatang baharu dari Sepanyol, Fermin Aldeguer, meraih kemenangan sulung dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal (GP) Indonesia yang penuh drama, hari ini.

Marquez yang baru minggu lalu mengesahkan kejuaraan dunia di Motegi, mengalami kecederaan pada bahu kanan dan akan diterbangkan ke Madrid untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan Ducati mengesahkan terdapat kebimbangan berlaku keretakan pada tulang selangkanya.

Pelumba Ducati-Gresini, Aldeguer, yang tidak terjejas dengan insiden itu, memecut jauh meninggalkan pesaing untuk meraih kemenangan pertama kariernya selepas Bezzecchi melanggar bahagian belakang jentera Marquez sehingga kedua-duanya terbabas ke luar trek.

Aldeguer, 20, menamatkan saingan lebih enam saat di hadapan pelumba KTM, Pedro Acosta, yang menduduki tempat kedua manakala rakan sepasukannya, Alex Marquez, melengkapkan podium di tangga ketiga dengan perbezaan hampir lapan saat.

"Saya tidak percaya. Saya sangat gembira. Sebagai pelumba rookie, kami sudah melakukan kerja yang luar biasa. Kami perlu teruskan momentum ini," kata Aldeguer selepas kemenangan manis itu.

Bezzecchi yang cemerlang di sesi kelayakan dengan catatan rekod baharu Litar Mandalika, gagal mengulanginya dalam perlumbaan apabila bermula hambar hingga jatuh ke kedudukan ketujuh.

Dalam usahanya untuk memintas Marquez, pelumba Itali itu bagaimanapun melanggar bahagian belakang jentera juara dunia tujuh kali itu.

Bezzecchi bangun tanpa kecederaan serius, sementara Marquez kelihatan memegang bahu kanannya yang sakit.

Pengurus pasukan Ducati, Davide Tardozzi, kemudian mengesahkan terdapat bukti awal wujud keretakan pada bahu kanan Marquez.

Sebelum perlumbaan, Marquez sudah mencatat rekod baharu pungutan mata semusim MotoGP dengan 545 mata selepas menamatkan perlumbaan pecut di kedudukan keenam.

Brad Binder menamatkan saingan di tangga keempat diikuti Luca Marini, Raul Fernandez dan Fabio Quartararo. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/10/1454563/marquez-kemalangan-aldeguer-juara-gp-indonesia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2025 07:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:32 AM GMT+8 , Processed in 1.612587 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list